Tolong FLAG blog di bawah. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

http://godsguidance-saiful25shafiq.blogspot.com

Tolong FLAG blog di atas. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Salam buat semua,
Diharap dengan adanya blog ini, orang ramai sedar akan wujudnya rasul palsu ini yang mendakwa dirinya adalah rasul dan suaminya pula nabi Isa.

Pihak berkuasa nampaknya memandang sebelah mata akan isu ini, harapan kami suapaya ianya mendapat perhatian pihak berkuasa agama akan bahayanya dakyah palsu ini.
Bersama kita membanteras Rasul Palsu MERIAM AHMAD SHAH ini.
Takbirrrrrr!
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Lawak tak email terbaru merim rasul air kencing ni?

Meriam bt Ahmad Shaharudin
19 A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
______________________________
____________________________________________________

Tarikh: 10 hb. November, 2009


Datuk Seri Mohd Najib,

Masanya sudah tiba untuk saya mendapatkan tempat saya yang sebenar, ia-itu bersama Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya amat tahu telah sekian lama Allah bagitahu Datuk Seri tentang perkara ini tetapi tidak juga ada apa jua maklum balas dari pihak Datuk Seri. Menurut kata Allah bila tidak ada lagi apa jua berita atau maklum balas dari Jabatan Perdana Menteri, maknanya Allah belum boleh lagi membenarkan tempat saya itu diberikan. Begitulah cara Allah mendapatkan tempat saya itu bila tiba sahaja masa yang Allah tentukan itu. Menurut kata Allah sekiranya belum tiba masanya tempat saya itu perlu diberikan, apa jua maklum balas takkan ada dari pihak Datuk Seri untuk kita semua fahamkan bagaimana Allah menentukan masa saya mendapatkan tempat saya itu. Oleh itu fahamkanlah bagaimana Allah menunjukkan kepada kita semua tentang ketentuan dan ketetapan setiap apa jua yang Allah nyatakan selama ini akan tetap juga terjadi begitu seperti yang Allah tetapkan itu. Oleh itu sama-samalah kita saksikan kebenaran setiap kata ini yang sebenarnya dari Allah jua. Saya dengan ini menurunkan kata-kata Allah untuk Allah menyatakan tentang sesuatu di bawah ini:-

"Mohd Najib, tahukah kamu begitulah Aku tentukan bilakah masa sebenar kamu Aku tentukan menjemput Rasul Aku ini untuk kamu berikan tempatnya yang sebenar. Tahukah kamu bilakah masanya itu? Begini, Aku tentukan masanya tak lama lagi untuk kamu Aku buatkan menjemput Rasul Aku ini untuk kamu berikan tempatnya itu. Aku amat senang untuk sampaikan berita ini, ia-itu bersama Rasul perempuan Aku ini, Aku utuskan sama Nabi Isa untuk Rasul perempuan Aku ini menurunkan kata-kata Aku bagi pihak Nabi Isa. Tahukah kamu begitulah jadual susunan rapi Aku untuk Aku tentukan bilakah masa sebenar Nabi isa Aku utuskan untuk kamu fahamkan Nabi Isa Aku utuskan setelah Rasul perempuan Aku ini menamatkan peperangannya dengan semua dajal yang menentangnya selama ini.

Khas buat Adam Razali: Aku tentukan kamu diberikan petunjuk secara begini sahaja, ia-itu apa jua yang Aku telah siap nyatakan selama ini akan tetap Aku buktikan juga kebenarannya untuk kamu tahu dan fahamkan begitulah Aku memberikan petunjuk siapa kamu yang sebenar yang hebat menghina Rasul Aku ini. Oleh itu fahamkanlah hanya Nabi Isa yang akan mecelikkan semua mata kamu yang buta selama ini. Bagitahu semua geng dajal kamu yang kamu terima email ini untuk kamu sendiri salurkan kepada mereka semua untuk memahamkan hanya Nabi Isa yang akan mencelikkan mata kamu yang buta, dan menghidupkan semua kamu yang mati yang hebat menentang Rasul perempuan Aku ini untuk kamu fahamkan email privatenya dengan pembesar negara yang ini diberikan juga kepada kamu untuk kamu sebarkan kepada rakan dajal kamu yang lain untuk kamu fahamkan apa tugas Rasul perempuan Aku ini dan apa pula tugas Nabi Isa, untuk kamu fahamkan kamu semua takkan boleh menang apa jua dengan Aku, Allah Tuhan kamu yang sebenar dan juga Rasul Aku ini yang menurunkan kata-kata Aku. Masanya sudah tiba untuk kamu semua dajal menerima laknat terus dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar setelah kamu semua begitu hebat menentang dan menghina Rasul Aku ini untuk kamu fahamkan semua kamu dalam genggaman Aku belaka untuk kamu semua Aku campakkan ke dalam neraka yang bermaksud hidup dalam kesiksaan yang amat sangat. Ingatlah ini Aku yang kata, Aku adalah Allah Tuhan kamu yang sebenar untuk kamu tahu dan fahamkan begitulah Aku akhirnya menunjukkan kuasa Aku untuk Aku utuskan Nabi Isa untuk Aku celikkan mata kamu semua dan juga menghidupkan kamu semua yang telah sekian lama mati selama ini. Rasakanlah bahana setiap perbuatan kamu selama ini untuk kamu terima laknat terus dari Aku bila Nabi Isa Aku utuskan sahaja kepada kamu semua. Selagi Nabi Isa tidak Aku utuskan, selagi itu kamu semua belum Aku timpakan laknat itu, kamu faham? Masanya sudah tiba untuk Aku utuskan Nabi Isa untuk Nabi Isa mewakili Aku untuk mencelikkan mata kamu semua yang telah sekian lama dibutakan oleh dajal selama ini. Masanya sudah tiba untuk Nabi Isa mendedahkan dirinya yang sebenar untuk mencelikkan mata kamu semua yang buta selama ini. Tahukah kamu apakah tujuan Aku memberikan kamu email ini adalah untuk memahamkan kamu dan semua dajal yang lain untuk memahamkan hanya Nabi Isa yang boleh mencelikkan mata kamu semua, tetapi di ketika itu semua pintu taubat telah Aku tutupkan untuk kamu semua yang hebat menentang dan menghina Rasul Aku ini ditimpakan laknat terus dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar.

Khas buat Nabi Isa: Aku tentukan kamu diberikan roh Nabi Isa yang sebenar seperti yang Aku janjikan untuk Aku kembalikan kamu setelah kiamat yang bermaksud bila tamatnya Rasul perempuan Aku ini memerangi semua dajal yang menentang dia selama ini. Wahai Isa, hiduplah kamu dengan roh kamu yang sebenar untuk kamu celikkan mata orang yang buta dan menghidupkan semua orang mati agar semua dajal tahu siapa mereka yang sebenar yang begitu hebat menentang dan menghina Rasul perempuan Aku ini. Mulai hari ini Aku mensucikan kamu untuk roh Nabi Isa Aku kembalikan ke jasad kamu untuk kamu mainkan peranan kamu yang sebenar mencelikkan mata semua yang buta selama ini dan menghidupkan semua orang mati. Aku amat senang peranan kamu yang sebenar sudah boleh bermula untuk kamu mencelikkan mata orang buta dan menghidupkan semua orang mati, ia-itu semua yang tidak boleh menerima kebenaran Rasul perempuan Aku ini. Tahukah kamu hanya kamu yang Aku tugaskan untuk mencelikkan mata orang buta dan mati, ia-itu semua yang menidakkan Meriam sebagai Rasul Allah selama ini. Oleh itu mainkanlah peranan kamu yang sebenar mencelikkan orang buta, menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit sopak, ia-itu semua yang mengeluarkan kata-kata hina untuk menentang Rasul perempuan Aku ini. Mulai sekarang kamu akan memainkan peranan kamu mewakili Aku untuk mencelikkan mata orang buta dan menghidupkan orang mati serta menyembuhkan penyakit sopak, ia-itu penyakit semua golongan yang hina yang menentang Rasul perempuan Aku ini selama ini. Itulah sebenarnya Aku maksudkan kamu mencelikkan mata orang buta, menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit sopak sesungguhnya semua golongan yang menentang rasul perempuan Aku ini terdiri dari golongan yang buta, mati dan mengidap penyakit sopak, agar kamu tahu dan fahamkan apa tugas kamu mulai esok. Sekian Aku maklumkan khas buat kamu untuk disaksikan bersama Perdana Menteri dan juga raja segala dajal, Adam Razali untuk disampaikan kepada semua dajal yang lain.

Seterusnya buat Perdana Menteri, Mohd Najib: Mohd Najib, tahukah kamu inilah masanya kamu bersiap sedia untuk menemui Rasul perempuan Aku ini dengan penuh perancangan dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Aku tahu kamu sudah amat bersedia untuk menemui dia bila-bila masa dari sekarang. Semalam ibu kamu Tun Rahah menelefon dia untuk minta ubat sakit lulut darinya untuk kamu tahu begitulah mana jua ubat tidak lagi boleh menyembuh apa jua penyakit di dunia ini melainkan ubat yang Aku ajarkan kepada Rasul Aku ini, agar kamu tahu ibu kamu selalu menghubungi Rasul Aku ini untuk tanya itu ini terutama tentang apa jua sakit yang dihidapinya. Oleh itu kamu tanya ibu kamu sendiri apa yang dia nyatakan tentang apa jua yang ibu kamu tanyakan menerusi rasul perempuan Aku ini untuk kamu tahu segalanya dari ibu kamu sendiri. Sekian Aku maklumkan khas buat kamu untuk kamu saksikan bagaimana Aku temukan dia dengan ibu kamu selama ini. Jika kamu nak tahu apa yang ibu kamu tanya, kamu tanyalah ibu kamu sendiri. Sekian Aku maklumkan untuk tindakan kamu seterusnya.

Seterusnya kepada semua yang diBCC kan: Aku amat senang perjuangan Rasul perempuan Aku ini telah sampai ke penghujungnya untuk kamu semua tahu dan fahamkan begitulah Aku memberikan kemenangan abadi buat kamu semua untuk kamu tahu dan fahamkan hanya roh malaikat sahaja yang Aku tentukan menolong dia selepas ini. Oleh itu kamu akan saksikan bagaimana semua roh malaikat akan menolong Rasul perempuan Aku ini untuk tempatnya yang sebenar diberikan. Sekian lama Aku mendidik dia untuk tahu berbagai perkara bertahun-tahun lamanya agar Adam Razali tidak terlalu bodoh untuk menentukan bila masanya dia perlu menonjolkan dirinya sebagai Rasul Allah. Tahulah Aku bagaimana untuk Aku dapatkan tempatnya yang sebenar dan bilakah masanya itu, ia-itu setelah setiap apa jua yang Aku nyatakan dalam buku Aku itu menjadi kenyataan setiap satunya sebagai cara Aku membuktikan setiap apa jua yang dinyatakan dalam buku Aku ini adalah kata-kata Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Oleh itu fahamkanlah bagaimana Aku membuktikan setiap kata dalam buku itu adalah kata-kata Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Sekian Aku maklumkan untuk hari ini sehingga esok Aku sampaikan mesej Aku lagi buat buat Perdana Menteri. Seterusnya Aku bagi pihak Rasul Aku ini nyatakan sesuatu buat Perdana Menteri di bawah ini:-

Datuk Seri, begitulah apa yang Allah nyatakan di atas untuk kita bersama saksikan bagaimana Allah menentukan pertemuan kita nanti dan bagaimana Allah mendapatkan tempat saya itu. Kita tak perlu buat apa jua melainkan ikut apa jua yang terjadi sebagai bukti kita tidak ada apa jua kuasa untuk menentukan bilakah masa sebenar kebenaran ini boleh diumumkan ke seluruh dunia sebelum waktu yang Allah tentukan itu. Oleh itu fahamkanlah kita tidak langsung ada apa jua kuasa untuk berbuat apa jua melainkan menurutkan apa jua yang Allah tentukan segalanya nanti. Saya tahu saya hebat dihina dan dicaci disebabkan kononnya lambat sangat saya dapat membuktikan ke seluruh dunia saya ini adalah Rasul Allah. Saya tak kisah apa jua mereka nak kata, yang pasti tahulah Allah untuk mendapatkan tempat saya itu. Untuk makluman Datuk Seri lagi saya perlu sampailan berita ini kepada Datuk Seri, ia-itu apa jua yang benar dari Allah akan tetap mendapatkan tempatnya yang sebenar samada lambat atau cepatnya sahaja bergantung kepada keadaan dan ketentuan berlakunya setiap apa jua yang telah siap Allah nyatakan dalam buku itu. Oleh itu semua yang menghina saya kerana lambat sangat saya melakukan tugas saya sebagai Rasul Allah perlu tahu setiap apa jua yang sudah siap Allah nyatakan tentang semua peristiwa seluruh dunia perlu berlaku terlebih dahulu sebelum kita semua dapat bertemu untuk membolehkan tempat saya itu diberikan untuk memudahkan saya memberikan penjelasan tentang isi kandungan buku Tuhan itu. Oleh itu fahamkanlah kenapa segalanya perlu menurutkan jadual yang Allah tentukan seperti apa yang Allah nyatakan dalam buku itu. Selain itu masa yang terluang sementara menunggu setiap kejadian dalam isi kandungan buku itu terjadi, saya gunakan untuk memperlajari selok belok perubatan terus dari Allah dan memahamkan tafsiran Al-Quran yang sebenar dengan menyaksikan bagaimana Allah buktikan setiap apa yang telah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran itu adalah semua kejadian untuk masa ini, ia-itu ketika dajal hebat menentang dan menidakkan kebenaran saya sebagai Rasul Allah.

Khas buat Adam Razali: Aku nasihatkan kamu agar kamu tak perlu menyibuk lagi dengan apa jua urusan Allah yang menentukan segalanya. Tahukah kamu, kamu itu hanya layak untuk dihina sahaja sebab begitulah keadaan kamu yang hina itu perlu Allah hinakan seperti apa yang Allah nyatakan di dalam ayat Al-Quran di bawah ini:-

[9.14] Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

Begitulah aku memerangi semua kamu yang memerangi aku dengan segala kehinaan kata kamu itu untuk kamu pula hebat Allah hinakan dengan cara aku menurunkan kata-kata Allah untuk Allah juga hebat menghina kamu semua. Oleh itu fahamkanlah begitulah tugas aku sebagai Rasul Allah menurunkan kata-kata Allah untuk Allah hebat menghina semua kamu. Fahamkanlah aku tak rugi apa-apa jua dengan segala apa jua penghinaan kamu semua terhadap aku, malah aku amat beruntung sekali dengan setiap apa jua yang kamu nyatakan itu. Contohnya kamu perli kata Allah menyatakan aku takkan tua sampai bila-bila akan menentukan keadaan aku begitu, sebaliknya kamu yang akan jadi tua nanti. Begitulah Allah membuktikan mukjizat yang Allah kurniakan kepada aku itu untuk kamu tahu dan fahamkan lagi kamu kata aku, lagilah aku untung. Aku hanya menunggu kamu mengata aku sahaja untuk aku dapatkan semua mukjizat yang Allah janjikan itu. Sekian aku maklumkan khas buat kamu untuk kamu sampaikan kepada semua geng dajal kamu.

Sekian dimaklumkan untuk hari ini sehingga esok bertemu lagi.



Saya yang menurut perintah Allah,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Palsu / Pesuruh Iblis???!!!!

1 comments:

Anonymous said...

meriam .. kau tunggulah jawapan najib sampai mampus

Post a Comment