Tolong FLAG blog di bawah. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

http://godsguidance-saiful25shafiq.blogspot.com

Tolong FLAG blog di atas. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Salam buat semua,
Diharap dengan adanya blog ini, orang ramai sedar akan wujudnya rasul palsu ini yang mendakwa dirinya adalah rasul dan suaminya pula nabi Isa.

Pihak berkuasa nampaknya memandang sebelah mata akan isu ini, harapan kami suapaya ianya mendapat perhatian pihak berkuasa agama akan bahayanya dakyah palsu ini.
Bersama kita membanteras Rasul Palsu MERIAM AHMAD SHAH ini.
Takbirrrrrr!
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Bersama kita membanteras rasul palsu kini berleluasa...

Salam buat semua Muslimin Muslimat..
Marilah kita berjihad membanteras al kazzab ini supaya tidak memesongkan akidah sesama umat Islam..setelah tertangkapnya rasul palsu kahar ahmad, kini muncul lagi al kazzab iaitu meriam nabi palsu.

Berkongsilah sesama, memandangkan undang-undang di Malaysia amat remeh akan tindakan pada mereka ini...dengan beraninya mengisytharkan dirinya di emel-emel sahabat semua;

Meriam bt Ahmad Shaharudin
19A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
______________________________ ______________________________ ____

Tarikh: Jumaat, 18 hb. September, 2009

Untuk menyelesaikan semua katanista dan kutukan dajal menidakkan kebenaran saya sebagai Rasul Allah saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berserta dengan surat kepada Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir dan Peguam Negara dikepilkan bersama laporan polis itu

Begini laporan itu:-
______________________________ ______________________________ __


Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur
Siapa yang ambil report: Sendiri
Waktu dan haribulan report…………………….

Nama: Meriam bt Ahmad Shaharudin

Tempat Tinggal: 19 A, Tingkat 1, Jalan Wawasan Ampang 2/1, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.



Aduan Saya:

Saya mahukan pihak polis fahamkan laporan ini dibuat disebabkan beberapa keadaan yang memerlukan saya membuat pengakuan diri saya sebagai Rasul yang Allah utuskan untuk saya bawa kes ini ke mahkamah untuk membolehkan saya dapat menyatakan semua bukti diri saya sebagai Rasul Allah dengan kerjasama semua pihak Kerajaan Malaysia disebabkan saya memerlukan kerjasama semua pihak yang berkaitan, ia-itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Bersama laporan ini disertakan salinan surat saya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral, Datuk Jamil Khir dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk makluman khas buat pihak Balai Polis, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Selain itu saya perlu melaporkan setiap apa yang dinyatakan oleh pengirim email yang menggunakan alamat email ini: “Ku Yin” heromo@gmail.com , makmeriamgilelah@yahoo.com dan aprilizanie@yahoo.com untuk tuntutan saman saya nanti. Bersama ini disertakan bersama email dari mereka yang dihantarkan kepada saya untuk tujuan menghina, memfitnah dan memalukan saya. Sekian saya maklumkan.


Surat yang saya kepilkan bersama laporan polis: Surat kepada Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir dan Peguam Negara di bawah ini:-



Meriam bt Ahmad Shaharudin
19 A, Tingkat 1,
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan


Tarikh: Jumaat, 18 hb. September, 2009


Kepada:-

1. Tan Sri Musa Hassan,
Ketua Polis Negara,
Polis Diraja Malaysia
Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

2. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

3. Senator Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Aras 9, Blok D7, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 Putrajaya

4. Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia
Pejabat Peguam Negara
Aras 8, Blok C3, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62512 Putrajaya



Tan Sri Musa Hassan,

Pemberitahuan Pengakuan Saya Sebagai Rasul Allah


Saya dengan ini maklumkan saya Allah utuskan sebagai seorang Rasul, di mana bukti kebenaran saya sebagai Rasul perempuan sudah siap Allah nyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran yang saya nyatakan di bawah ini:-

[12.109] Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?


[16.43] Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu, melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.


[21.7] Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka; maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


Maksud ‘mu’ yang dinyatakan dalam ketiga ayat diatas merujuk kepada Rasul perempuan, di mana ulama telah menyatakan ‘mu’ itu merujuk kepada lelaki. Saya tahu kenapa mereka katakan begitu adalah disebabkan baris huruf kaf diletakkan di atas untuk disesuaikan dengan maksud lelaki, atau rasul lelaki. Menurut kata Allah huruf kaf telah ditukarkan ke baris atas untuk disesuaikan dengan lelaki, atau rasul lelaki, sedangkan jika kita kaji balik ayat itu sekiranya ‘mu’ merujuk kepada lelaki, maka jadilah ayat yang janggal, tak gitu? Menurut kata Allah, ulama dahulu sengaja telah memindahkan baris huruf kaf itu untuk disesuaikan dengan maksud lelaki. Dengan itu saya perlu buat pembetulan disini, ia-itu pada Allah ‘mu’ itu merujuk kepada perempuan atau lebih tepat rasul perempuan.

Untuk makluman Tan Sri saya sebenarnya menurunkan kata-kata Allah. Menerusi cara inilah saya dapat tahu segala yang Allah perbetulkan yang salah dan menyatakan yang sebenarnya. Saya tidak mainkan kebenaran dan kesucian ini. Hanya yang tidak bersama Allah dan tidak lagi bertuhankan Allah menyangkal dakwaan saya ini tanpa apa jua bukti yang mereka boleh nyatakan melainkan kata-kata cacian, penghinaan demi penghinaan sehingga tidak berkesudahan.

Saya amat senang jika Tan Sri sendiri merujuk kepada setiap email yang saya berikan kepada Tan Sri menerusi alamat email ini: rmp@rmp.gov.my untuk Tan Sri memahamkan segalanya. Untuk membuktikan kesucian dan kebenaran saya yang amat serius ini saya akan buat laporan polis di Balai Polis, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk melaporkan tuduhan berbentuk penghinaan dan fitnah dari dua orang yang menggunakan alamat email ini, ia-itu:-

  1. “Mak Meriamgile” makmeriamgilelah@yahoo.com
  2. “Izan Mohd Nur” atau nama sebenarnya Azizah bt Hassan, alamat email: aprilizanie@yahoo.com

Saya hanya perlu melapurkan kes mereka berdua ini terlebih dahulu sebelum yang lainnya menyusul. Untuk makluman Tan Sri saya amat senang untuk bagitahu Tan Sri inilah masanya saya membuktikan diri saya sebagai Rasul Allah yang sebenar bersama buktinya sekali menerusi saluran yang suci, ia-itu mahkamah bila kes ini disebut dalam mahkamah nanti. Untuk makluman Tan Sri selepas ini pula saya akan buat laporan polis tentang penganiayaan Jabatan Agama Islam Perak terhadap saya yang menuduh saya bukan menurunkan kata-kata Allah menerusi semua buku yang Allah turunkan menerusi saya itu.

Semua salinan asal buku tulisan tangan saya yang saya turunkan dari Allah itu yang mengandungi 5,463 (lima ribu empat ratus enam puluh tiga) muka surat itu telah saya serahkan kepada Perdana Menteri sendiri pada tarikh 16 hb. Jun, 1992 dan saya telahpun menerima surat rasmi dari Pejabat Perdana Menteri mengesahkan penerimaan buku tersebut yang ada saya kepilkan bersama surat ini untuk makluman Tan Sri.

Untuk makluman Tan Sri lagi salinan surat saya kepada Tan Sri ini akan saya kepilkan bersama laporan polis yang akan saya buat di Balai Polis, Jalan Dang Wangi, selepas ini.

Dengan itu terbuktilah saya tidak takut dan tidak lagi malu untuk menyatakan diri saya sebagai Rasul Allah untuk saya buat laporan polis terhadap kedua mereka ini yang menggunakan alamat email berikut:-

  1. “Mak Meriamgile” makmeriamgilelah@yahoo.com
  2. “Izan Mohd Nor” aprilizanie@yahoo.com

Yang lain akan menyusul selepas ini. Inilah satu-satunya cara untuk membolehkan saya bawa kes saya ini ke mahkamah untuk saya mendedahkan semua bukti saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan.

Masanya sudah tiba untuk seluruh penduduk dunia khasnya yang mengaku Islam selama ini memahamkan agama Islam yang kita amalkan sejak 700 tahun dahulu bukanlah ajaran agama Islam yang sebenar lagi tetapi adalah agama dajal sejak ujudnya kitab dajal yang bernama hadis. Saya akan kemukakan semua bukti setiap dakwaan saya ini untuk disaksikan seluruh dunia. Inilah satu-satunya sebab saya mahu bawa kes ini ke mahkamah.

Bersama surat ini saya serahkan semua bukti saya menurunkan kata-kata Allah sebanyak 100 muka surat kertas A4 untuk kajian pihak Tan Sri. Saya juga akan berikan sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, Menteri yang ditugaskan di bahagian agama, Senator Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom dan Peguam Negara untuk memahamkan saya amat serius dengan dakwaan saya ini untuk saya menyelesaikan semua masalah agama terutamanya Islam yang sebenar. Oleh itu saya mengharapkan kerjasama pihak Tan Sri, Perdana Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Peguam Negara untuk membenarkan saya bawa kes ini ke mahkamah. Di ketika itu nanti saya akan jemput wartawan seluruh dunia untuk mengikuti dan melaporkan berita ini ke seluruh dunia.

Saya telah hebat dihina bersabit dengan pengakuan saya ini dan tibalah masanya untuk saya buktikan setiap apa jua yang saya dakwakan ini, ia-itu saya Allah utuskan sebagai Rasul Allah bersama semua bukti yang dikehendaki oleh seluruh dunia. Saya bukan sahaja rasul untuk negara Malaysia sahaja, tetapi Rasul untuk seluruh dunia. Itulah satu-satunya sebab saya mahu mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah ke seluruh dunia bila kes ini saya bawa ke mahkamah nanti.

Bersama ini juga saya sertakan kertas tuntutan saya terhadap Jabatan Agama Islam Perak yang akan saya saman bersabit tuduhan pihak JAIP menafikan saya menurunkan kata-kata Allah. Oleh itu laporan polis akan saya buat selepas laporan mengenai dua orang yang saya laporkan itu. Saya lakukan segalanya begini sebagai cara Allah mahukan saya membuat tuntutan begini sebagai cara saya membawa kes ini ke mahkamah.

Perlu juga saya nyatakan masanya sudah tiba untuk hakikat ini diumumkan ke seluruh dunia, ia-itu Allah telah mengutuskan seorang Rasul perempuan yang tugasnya menurunkan kata-kata Allah seperti yang sudah siap Allah nyatakan tugas saya itu dalam Al-Quran, surah Al-Jaathiyah ayat 29 yang berbunyi begini:-

[45.29] "Inilah surat Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah menulis segala yang kamu telah lakukan !"

Begitulah apa yang Allah nyatakan tentang ‘Kami’ yang Allah maksudkan saya bersama Allah menurunkan kata-kata Allah samada terus dari Allah atau Allah nyatakan bagi pihak saya. Saya berharap Tan Sri dapat memahamkan dengan apa yang saya nyatakan ini dengan merujuk kepada kertas laporan yang mengandungi 100 muka surat yang saya sertakan bersama surat ini.

Untuk makluman Tan Sri seterusnya saya sendiri akan menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk saya sendiri sampaikan semua tuntutan saya itu bersama salinan surat ini juga agar segalanya difahamkan bersama oleh semua pihak ini, ia-itu Perdana Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, Peguam Negara dan Tan Sri sendiri selaku Ketua Polis Negara, agar segalanya difahamkan bersama untuk memudahkan urusan saya ini dijalankan.


Khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak: Datuk Seri, bersama ini saya sertakan semua bukti diri saya menurunkan kata-kata Allah untuk difahamkan bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk memudahkan Datuk Seri memahamkan segala tuntutan saya ini, sekali gus untuk membuktikan saya amat serius dengan pengakuan saya sebagai Rasul Allah yang Allah tugaskan menurunkan kata-kataNya menerusi surat atau email selama ini. Oleh itu maklumkanlah hakikat ini kepada Yang Di Pertuan Agong untuk memahamkan bersama setiap isi kandungan surat saya ini, agar segalanya boleh dijalankan, ia-itu tuntutan saya menyaman Jabatan Agama Islam Perak dan juga setiap individu yang hebat menghina saya menidakkan saya sebagai Rasul Allah. Mereka semuanya terdiri dari 150 orang setakat ini walaupun ada juga individu yang menggunakan banyak alamat email untuk menyakitkan hati saya dengan menunjukkan mereka ada ramai penyokong untuk tujuan menyiksa batin saya dengan berbagai kutukan, penghinaan demi penghinaan sehingga sudah sampai ke tahap maxima saya boleh menerimanya lagi untuk saya buat surat ini dan laporan polis seperti yang saya nyatakan selama ini, agar setiap mereka ini sedar saya amat serius dengan apa yang saya lakukan ini untuk saya buktikan saya adalah Rasul yang Allah utuskan ke dunia ini. Bersama saya ada dua orang lagi Rasul lelaki yang akan saya umumkan dalam mahkamah nanti dan seorang lagi ialah Neale Donald Walsch yang juga menurunkan buku-buku Allah berjudul ‘Conversations With God’ book 1, 2, 3 dan lain-lain lagi. Saya mohon Tan Sri baca semua buku itu untuk memahamkan segala maksud saya menyatakan tentang perkara ini dalam surat ini.

Seterusnya saya hendak buktikan saya adalah seorang Rasul yang Allah utuskan ke seluruh dunia dengan cara membawa kes ini ke mahkamah. Satu-satu caranya ialah untuk saya menyaman Jabatan Agama Islam Perak dan setiap individu yang hebat menidakkan saya sebagai Rasul Allah dengan berbagai katanista termasuk tuduhan dan fitnah juga untuk semuanya saya tuntut dari setiapnya selain untuk saya tunjukkan rupa mereka yang sebenar untuk dipamerkan ke seluruh dunia. Setiap tulisan mereka akan dibaca oleh seluruh dunia untuk Allah buktikan setiap apa jua yang dilakukan terhadap saya semua sudah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran untuk setiap email mereka itu dijadikan bukti nyata ke seluruh dunia nanti. Begitulah Allah menghina mereka ini ke seluruh dunia untuk memuaskan semua hati yang beriman seperti apa yang sudah siap Allah nyatakan dalam ayat 14, Surah At-Taubah yang berbunyi begini:-

[9.14] Perangilah mereka, (semua yang memerangi saya dengan berbagai katanista) nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
Untuk makluman Datuk Seri dan semua yang membuat kajian tentang apa yang saya nyatakan ini eloklah saya bagitahu ‘kamu’ yang Allah maksudkan dalam ayat di atas adalah saya sebenarnya sebab begitulah saya memerangi mereka semua yang memerangi saya dengan kata-kata menerusi internet atau email yang saya balas sehingga ke akhir perjuangan saya memerangi mereka dengan saya menurunkan kata-kata Allah sebenarnya.

Bersama surat ini saya kepilkan bersama beberapa email dari kedua mereka ini, ia-itu yang menggunakan alamat email “Mak Meriamgile” makmeriamgilelah@yahoo.com sebanyak 8 email dan dari orang yang sama sebanyak 10 email untuk makluman Tan Sri. Selain itu ada 5 email yang saya pilih dari apa yang saya terima dari Izan aprilizanie@yahoo.com untuk makluman Datuk Seri dan juga untuk dikepilkan bersama laporan polis saya nanti. Dengan setiap apa jua yang mereka ini nyatakan akan menentukan nasib mereka selepas ini bila mereka berdua ini saya saman semahunya, terutama setelah saya dapat membuktikan saya adalah Rasul yang Allah utuskan dalam mahkamah nanti.

Untuk makluman Datuk Seri lagi, apa yang saya lakukan ini semua dengan arahan Allah sebab itulah saya amat bijak melakukan tugas saya sekian lama ini. Mereka ini menyangka saya tidak berani membuat laporan polis disebabkan pengakuan saya sebagai Rasul Allah sudah tentulah membuatkan saya tidak berani. Tanpa mereka sedar Allah ada perancangan hebatNya untuk Allah ajar saya bila masa yang sesuai untuk saya menyaman mereka ini dan bila masa yang sesuai untuk saya buat laporan polis setelah bertahun lamanya saya menyatakan perkara ini tetapi tidak juga menjadi kenyataan. Mereka tidak sedar betapa hebatnya perancangan Allah untuk kenakan mereka semua sebab sesungguhnya mereka berlawan dengan Allah sebenarnya. Saya katakan begitu disebabkan saya tidak pernah menyatakan apa jua perkataan bila saya berbalas berlawan email mereka itu, tetapi Allah sendiri yang sebenarnya memerangi mereka dengan cara saya menurunkan kata-kata Allah seperti apa yang Allah nyatakan dalam ayat 14, Surah At-Taubah yang sebenarnya ‘kamu’ itu merujuk kepada saya sebenarnya sebab saya yang memerangi dengan cara saya menurunkan kata-kata Allah seperti apa yang Allah buktikan di bawah ini dengan ayat Al-Quran ini:-

[9.14] Perangilah mereka, (semua yang memerangi saya dengan berbagai katanista) nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.


Datuk Seri, bersama ini juga saya copy and paste satu lagi email dari Azaine yang menggunakan alamat email: azaineie@maxis.blackbery.com yang berbunyi begini:-

from azaineie@maxis.blackberry.com
reply-to azaineie@maxis.blackberry.com
date Thu, Sep 17, 2009 at 5:32 PM
subject Re: SEKOR BABI DAH KANTOL --- KAHAR AHMAD
mailed-by srs.bis.ap.blackberry.com

Kak yam,
Apa kita kita pi sama2 balai polis pi report kak yam ni rasul? Lepas tu kita pi JAKIM & last JPM di putrajaya.. Kete saya ada sebijik buat escort vvip. Kete ni laju 2nd fastest gear change after ferrari. DSG dgn dual clutch memang cpt jer kejar sapa2. Ada 5 siren 450w yg ada push to talk. Saya boleh announce ketibaan rasul wanita.Kak yam,


Datuk Seri, dengan segala kata perli Azaine di atas benar-benar buatkan saya hendak tunjukkan bukti saya tidak takut untuk melaporkan diri saya sebagai Rasul Allah. Selama inipun laporan yang sama telah saya buat di Balai Polis, Jalan Dang Wangi di mana saya membuat pengakuan diri saya sebagai Rasul Allah.

Untuk makluman Datuk Seri lagi, saya tegaskan disini, inilah masanya saya melaporkan kepada polis tentang pengakuan saya sebagai Rasul Allah untuk tindakan saya seterusnya, ia-itu menyaman semua yang menidakkan saya sebagai Rasul Allah dengan berbagai katanista, cacian, makian dan juga ugutan bunuh.

Berikut saya copy and paste beberapa salinan email yang saya terima untuk makluman Datuk Seri kenapa saya mahu mengumumkan diri saya sebagai Rasul melalui saluran yang suci ia-itu mahkamah. Begitulah berakhirnya perjuangan saya mendedahkan diri saya sebagai Rasul Allah sehingga diterima seluruh dunia bila berita ini diumumkan ke seluruh dunia menerusi mahkamah nanti. Berikut adalah email-email yang saya terima untuk saya membuktikan inilah masanya saya membuktikan setiap kata saya untuk bawa kes ini ke mahkamah:-

from jahat gurl <gurl.jahatw@gmail.com>
to Meriam Ahmad shah <maryamnabiisa@gmail.com>
date Wed, Sep 16, 2009 at 11:25 PM
subject Re: "Rasul Melayu" ditangkap selepas tiga tahun menghilang. - tunggu la ko meriam
mailed-by gmail.com


oiittt meriam gila..ko tu x lama mampos kena tangkap pn x insaf...si kahar kaum kau tu dh kena tangkap..

x lama lagi kau pn akan kena juga...dasar anjing


from dyll <fadil1012@gmail.com>
to Meriam Ahmad shah
date Thu, Sep 17, 2009 at 11:49 AM
subject Re: "Rasul Melayu" ditangkap selepas tiga tahun menghilang. - tunggu la ko meriam
mailed-by gmail.com

tah2 ko ni meriam dah bersiap2 berkemas2 nak berpindah randah gak .. alamat umah ko org dah tau .. hehe


from faizan ikhwan faizanikhiwan@gmail.com
date Fri, Sep 18, 2009 at 9:47 AM
subject Re: "Rasul Melayu" ditangkap selepas tiga tahun menghilang. - tunggu la ko meriam
mailed-by gmail.com

weii meriam dn pengikut2nya...kalau ko nk menyebarkan ajaran agama ko yg sesat lg menyesatkan dn karut lagi mengarut tu jgn kt KLB ni la weiii.ko pergi la masjid meriam....ko wat ceramah poanjang lebar kt situ.kt KLB ni bkn tempatnya.puki btl la engkau ni.dr dulu smpi ke ari ini asyik nk g mahkamah je.tapi tak pergi2 lg pun.aku pun dh tak sabar dh ni meriam.ko nk berdakwah pun agak2 la meriam woiii.KLB ni tmpt org share citer2 dan gambar blue...dn sebagainya.ko kalau nk sangt ko offer arr kangkang sua puki ko tu.tanya kt KLB ni sape yg nk merasa puki ko tu.bodo punya olang.mcm ini olang pun ada kat dlm dunia ni.tak reti dn tak paham2 bahasa

from cAsTeLlo cAsTeLlo bujang.sonang@gmail.com
date Fri, Sep 18, 2009 at 9:50 AM
subject Re: "Rasul Melayu" ditangkap selepas tiga tahun menghilang. - tunggu la ko meriam
mailed-by gmail.com

puki die pon dah berulat..sebab tu laki die cari betine lain...(fitnah nyata)


from jahat gurl gurl.jahati@gmail.com
date Fri, Sep 18, 2009 at 9:57 AM
subject Re: "Rasul Melayu" ditangkap selepas tiga tahun menghilang. - tunggu la ko meriam
mailed-by gmail.com

meriam aku dh x sabar nak tgok ko pn kena tangkap...bangang punye betina..

msti x sunat nie dulu..sb tu asyik meroyan je


Begitulah Datuk Seri keadaan remaja sekarang ini yang amat gemar mencarut dan bercakap kotor sebagai bukti selama ini tidak betul rukuk dan sujudnya kepada Allah. Inilah titik perkara yang Allah hendak sampaikan menerusi saya kenapakah ujudnya golongan manusia yang begini adalah disebabkan tuntutan utama Allah, ia-itu rukuk dan sujud yang sebenar terhadap Allah tidak pernah diamalkan. Yang dilakukan hanyalah perbuatan tonggang-tonggek yang amat hina di mata Allah. Begitulah Allah melihat perbuatan kita tonggang-tonggek hina begitu dalam sembahyang kita yang ditujukan kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Suci sebagai tuntutan rukuk dan sujud yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Sebenarnya rukuk dan sujud kepada Allah lebih dari perbuatan tonggang-tonggek dalam sembahyang itu untuk tiba masa Allah menerusi saya menyatakan apa sebenarnya maksud Allah tentang rukuk dan sujud yang sebenar. Bila adanya mulut jahat dan orang jahat, jelas petunjuknya mereka ini tidak pernah mengamalkan tuntutan Allah yang utama ini, ia-itu rukuk dan sujud kepada Allah, agar Datuk Seri fahamkan begitulah Allah menerusi saya sebagai RasulNya membuat tuntutan dari semua insan di dunia ini, ia-itu tuntutan rukuk dan sujud yang sebenar seperti yang Allah kehendaki. Kitab dajal yang bergelar hadis telah mengajar kita semua untuk mencemari sifat Allah dengan mengajak manusia menyembah Allah dengan adanya perbuatan tonggang-tonggek yang amat memalukan itu. Inilah perkara yang saya bawa dari Allah yang perlu saya sampaikan, ia-itu memahamkan isi kandungan Al-Quran yang sebenar untuk kita menyembah Allah dengan ertikata yang sebenarnya menurutkan sifat Allah dan Al-Quran; bukan pula ikut hadis yang merupakan kitab dajal yang telah menyesatkan kita selama ini. Baca buku ‘Siapa Dia Ulama?” yang Allah turunkan menerusi saya untuk memahamkan segalanya. Salinan buku itu ada pada pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor yang bernama Ustaz Rabu dan Ustazah Kalsom untuk Datuk Seri kaji bersama semua yang perlu mengkaji kebenaran saya ini.

Khas buat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan di bahagian agama, Senator Mejar Jeneral, Datuk Jamil Khir Baharom: Datuk, sekarang tibalah masanya ajaran Islam yang sebenar saya dedahkan agar manusia tidak jahat lagi. Bacalah apa yang dinyatakan kepada saya sesedap mulut mereka dengan kata-kata lucah yang tak sanggup untuk saya membacanya. Bukan kerana apa, kerana malu sangat menyaksikan golongan yang kononnya mengaku Islam, tetapi perangai mengalahkan orang kafir belaka. Saya tahu mereka ini tidak sedar orang ramai sedang memerhatikan mereka untuk dihina nanti. Untuk makluman Datuk saya tegaskan disini, sudah sampai masa saya bawa kes ini ke mahkamah untuk saya buktikan saya adalah Rasul Allah yang Allah tugaskan untuk menurunkan kata-kata Allah. Baca semua bukti dalam laporan 100 muka surat kertas A4 yang ada saya sertakan bersama surat ini untuk kefahaman Datuk seterusnya.

Untuk makluman Datuk lagi saya tegaskan disini, saya perlukan kerjasama Datuk untuk membolehkan saya bawa kes ini ke mahkamah. Saya pasti dapat membuktikan saya adalah Rasul yang Allah utuskan dengan semua bukti yang saya ada, ia-itu:-

Semua buku yang saya turunkan dari Allah itu adalah sebenarnya untuk kejadian di masa hadapan, bukan semasa buku itu ditulis. Allah tentukan setiap apa yang dinyatakan dalam buku itu perlu terjadi semua sekali pada waktu kes ini dibawa ke mahkamah untuk dibuktikan buku itu benar datangnya dari Allah selain bukti nyata ini, ia-itu setiap hujah yang saya nyatakan dalam laporan yang ada disertakan bersama surat ini untuk Datuk baca dan buat kajian bersama semua ahli agama untuk memahamkan setiap apa jua yang saya nyatakan ini. Terus terang saya katakan inilah masanya semua buku itu dikaji untuk dibuktikan benar atau tidak apa yang terjadi pada masa ini sudah siap dinyatakan dalam buku itu, sedangkan semasa saya menurunkan kata-kata Allah itu adalah di sekitar penghujung tahun 1990 sehinggalah awal Jun, 1992. Begitulah lama masanya saya ambil untuk menurunkan kata-kata Allah dalam buku itu, menurutkan kejadian demi kejadian pada masa itu untuk dikaitkan dengan masa hadapan. Oleh itu saya perlukan kerjasama Datuk untuk membaca semua buku itu dan mengkaji setiap ayat yang Allah nyatakan dalam buku itu selain buku yang berjudul ‘Siapa Dia Ulama?’ yang Allah turunkan itu yang ada pada pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor, Ustaz Rabu dan Ustazah Kalsom. Saya syorkan agar Datuk ambil buku itu untuk dibuat banyak salinan untuk dibaca dan dikaji oleh semua golongan ulama di negara ini agar segala yang benar saya dedahkan untuk kerjasama kita bersama. Saya tahu inilah masanya semua buku itu dikaji untuk dipastikan benar atau tidak semua buku itu datangnya dari Allah. Saya pasti bila semua buku itu dibaca dan dikaji dengan telitinya semua pihak yang membacanya akan pasti semua buku itu datangnya dari Allah untuk membolehkan saya bawa kes ini ke mahkamah untuk saya mendedahkan semua bukti saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan. Begitulah yang terakhir sekali yang akan saya lakukan setelah saya mendapatkan berbagai bentuk email dari semua golongan yang menentang saya selama ini untuk mereka semua disahkan sebagai kafir sebenarnya. Begitulah Allah menunjukkan siapa yang bersama Allah lagi dan siapa yang tidak agar Datuk fahamkan itulah erti sebenar saya berlawan hujah dengan semua golongan yang menentang saya menerusi email selama ini.

Khas buat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail: Tan Sri, saya amat memerlukan kerjasama Tan Sri untuk membolehkan saya bawa kes ini ke mahkamah. Cara saya nak bawa kes ini ke mahkamah ialah pertamanya saya akan menyaman Jabatan Agama Islam Perak yang menuduh saya bukan menurunkan kata-kata Allah. Keduanya semua yang hebat menghina saya menerusi email saya tentukan diseret ke mahkamah untuk kita semua menyaksikan rupa berbagai golongan insan yang amat tidak disenangi Allah untuk mereka semua ini dipertontonkan kepada orang ramai sebagai cara Allah menghina mereka pula setelah hebat mereka menghina saya selama ini. Oleh itu dengan besar hati saya menunggu maklum balas dari Tan Sri untuk membolehkan kes ini dibawa ke mahkamah. Ketentuan ini adalah kehendak dan ketentuan Allah juga seperti yang sudah siap Allah nyatakan dalam buku itu menjadi kenyataan satu-persatu. Maha Bijaksananya Allah menurunkan buku sebegitu maha bijaksana untuk Allah buktikan semua buku itu datangnya dari Allah sebenarnya. Oleh itu saya amat berharap agar saya dapat kerjasama Tan Sri untuk saya bawa kes ini ke mahkamah seperti yang sudah siap Allah nyatakan dalam bukuNya itu agar Tan Sri baca semua isi kandungan buku berjumlah 5, 463 muka surat itu bersama dengan beberapa peguam untuk membolehkan mereka mengambil kes ini nanti. Sesungguhnya saya amat memerlukan khidmat peguam untuk kes yang maha besar ini. Oleh itu saya mohon agar Tan Sri memilih beberapa orang peguam untuk mengambil kes ini. Saya tidak akan membayar apa jua yuran khidmat peguam yang akan mengambil kes ini sebab urusan ini adalah urusan negara dan kerajaan juga. Oleh itu fahamkanlah kenapa saya katakan saya tak perlu bayar apa jua khidmat peguam mana jua melainkan semua peguam itu disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Seharusnya semua pihak Kerajaan bersama saya untuk kita mendedahkan kebenaran dan hakikat ini, ia-itu seorang Rasul sudah Allah utuskan di negara ini untuk bersama dengan Rasul yang lain untuk bersama pihak Kerajaan Malaysia dan semua pembesar negara bekerjsama demi mendedahkan segala yang Allah sampaikan menerusi saya untuk disampaikan semua sekali ajaran Allah itu. Jika Neale adalah untuk masyarakat di barat sana, saya pula untuk mengulaskan apa yang benar dan apa yang tidak untuk dijadikan amalan Islam yang sebenar. Sebenarnya Islam itu untuk seluruh dunia, bukan pula untuk golongan tertentu sahaja seperti apa yang kita amalkan selama ini. Islam itu ertinya peraturan hidup yang Allah tentukan buat semua kita di dunia ini agar kita bersatu di bawah pentadbiran Tuhan yang satu dan tidak berpecah-belah lagi seperti sekarang ini. Terus terang saya katakan itulah sebabnya saya hendak bawa kes ini ke mahkamah untuk membolehkan saya menyatakan satu-persatu bukti saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan ke seluruh dunia.

Seterusnya buat semua yang membaca dan mengkaji semua buku itu dinasihatkan untuk memohon petunjuk Allah untuk memahamkan keseluruhan tafsirannya yang sebenar untuk membolehkan kita semua bersatu selepas itu nanti. Akhirnya perjuangan saya ini sudah sampai ke penghujung setelah saya hebat dihina, dikutuk, dicaci dan dilemparkan berbagai katanista sehingga takda lagi yang sehabis busuk kata-kata dari mereka yang menentang saya boleh nyatakan lagi, sehinggalah Allah arahkan saya untuk menurunkan surat ini yang juga sebenarnya dari Allah, dibuatkanNya bagi pihak saya untuk saya melaporkan segalanya kepada pihak polis di Balai Polis, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur sebagai langkah pertama saya untuk meneruskan perjuangan saya menyatakan semua bukti saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan, juga mengumumkan kesemua Rasul yang lain yang Allah utuskan bersama saya termasuk Nabi Isa juga akan saya umumkan. Segalanya mesti menerusi saluran yang suci, ia-itu mahkamah!

Sekian saya maklumkan sebagai surat rasmi dari saya buat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan di bahagian agama, Mejar Jeneral, Datuk Jamil Khir Baharom dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk makluman dan kajian semua pihak. Akhir kata dari saya sambutlah salam sejahtera buat semua yang membaca dan mengkaji setiap apa jua yang saya nyatakan ini dan semua laporan dan buku yang saya turunkan dari Allah itu. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Saya yang menurut perintah Allah,

( Meriam bt Ahmad Shaharudin )
Anda hanya mampu berdiam diri?

1 comments:

Zorro___zZ said...

Alhamdulillah

Saya pun begitu juga... Saya pun telah diutuskan sebagai rasul bersama-sama 313 rasul. Saya pun baru tahu semasa saya membaca artikel anda...

Islam adalah addiin.Rukun Islam 5 perkara. Rukun Iman 6 perkara.Rukun Negara 5 perkara.
Apa itu Qadim apa itu Muhaddas?Apa yang dihalalkan dan apa yang di haramkan?
Apakah yang dikatakan Amar Makruf Nahi Mungkar?
"Dan berkatalah Firaun : Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang mahir".
"Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan!".
"Setelah mereka campakkan, Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya; sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerusakan".
InsyaAllah.

Post a Comment