Tolong FLAG blog di bawah. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

http://godsguidance-saiful25shafiq.blogspot.com

Tolong FLAG blog di atas. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Salam buat semua,
Diharap dengan adanya blog ini, orang ramai sedar akan wujudnya rasul palsu ini yang mendakwa dirinya adalah rasul dan suaminya pula nabi Isa.

Pihak berkuasa nampaknya memandang sebelah mata akan isu ini, harapan kami suapaya ianya mendapat perhatian pihak berkuasa agama akan bahayanya dakyah palsu ini.
Bersama kita membanteras Rasul Palsu MERIAM AHMAD SHAH ini.
Takbirrrrrr!
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Jawapan dari sahabat jihad.

Bismillahirahmanirahim,

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah SWT .
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


Surah Al-i-'Imran ayat ke 7.

Sepertimana yg saya jangkakan .. meriam Riak dan penuh Keangkuhan.

Apa yg kamu tulis ini meriam adalah mencerminkan keperibadian kamu sendiri. Lagi banyak kamu tulis, lagi banyak informasi yg pembaca boleh dapat. Apa yg kamu tulis semuanya berulang-ulang. Kosong dan tidak ada yg penjelasan yg kukuh. Itulah makanya saya katakan .. membuang masa dan tidak berfaedah.

Namun - adalah dituntut oleh Islam untuk memerangi sebarang gejala-gejala seperti kamu seperti mana nasihat salah seorang pembaca disini, adalah kewajipan setiap umat Islam. Maka saya luangkan sedikit waktu terhad saya untuk berkongsi hujah-hujah dan surah-surah yg berkaitan dengan hujah saya (insyAllah).

Seperti mana yg dijangkakan .. kamu akan mula menyerang keperibadian individu2 yg mencabar dakwaan kamu. Especially yg mempersoalkan secara logik dakwaan kamu berdasarkan pesanan Rasullullah SAW sebelum baginda wafat.

Yang pasti jua - semua amalan diantara hamba Allah SWT .. kamu pulak menjadi hakim. Kamu pulak yg menentukan siapa kami sembah .. Allah SWT atau Jin !!!! .. Hanya kerana mereka tidak menerima Rasul Wanita.

Jika kamu satu individu yg menafikan Hadis dan tidak menerima ulamak, maka ia tidak memberi kuasa atau alasan kepada kamu untuk menyesatkan umat Islam yg lain.

Pembaca yg budiman, dibawah ini adalah komen-komen meriam terhadap persoalan saya kepada dia. Lalu saya menjawab dalam font warna merah

2009/9/28 Meriam Ahmad shah <maryamnabiisa@gmail.com>
Meriam bt Ahmad Shaharudin
19 A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul ehsan
_____________________________________________________

Tarikh:  Isnin, 28 hb. September, 2009

Adam Razali,
Biar saya jawab setiap apa jua yang kamu nyatakan di bawah setiap kata kamu itu:-
2009/9/28 Adam
*************************************************************************

Meriam,


Terima kasih ajer lah dengan jawapan email kamu tuh, saya boleh simpulkan bahawa segala jawapan kamu tuh sekadar 'surface' ajer.
Ia lebih / masih berdasarkan kepada hujah-hujah yg disokong oleh huraian-huraian dan kefahaman Al-Quran oleh / dari kamu sendiri tanpa disokong oleh mana-mana pendapat ulamak. Ini tidak menghairankan pun, kerana kamu beranggapan bahawa semua ulamak di dunia ini adalah persuruh 'Dajal'.

Jawapan saya: KAMU SELALU TERLUPA WAHAI meriam - MULAKAN SESUATU DENGAN 'BISMILLLAHHIRAHMANIRRAHIM' - rasul ijazah mana kamu nih ? Kamu kata kamu terima Al-Quran .. tapi tak praktiskan pun ?Satu soalan saja saya nak tanya disini, jika ulama itu benar masakan Allah (Perlu letakan SWT dibelakang nama Allah SWT wahai 'rasul' - Kamu yg tidak mengenal sifat Allah SWT disini - bukan saya) utuskan RasulNya lagi. Untuk makluman kamu, kamu itu tidak langsung dapat memahamkan apa jua yang saya nyatakan sehinggakan kamu tetap juga dengan pendapat yang dinyatakan berdasarkan bentuk hati kamu, bukan otak kamu yang seharusnya kamu gunakan. Ingatlah orang yang tidak menggunakan otaknya takkan boleh melihat apa jua yang benar selain apa yang dihasut oleh naluri kamu yang langsung tidak dimulakan dengan memohon petunjuk AllahSWT. Ingatlah setiap manusia telah AllahSWT belenggukan menurutkan apa jua amalannya selama ini. Oleh itu saya sedikitpun tidak hairan dengan setiap apa jua pendapat kamu sebegitu rupa. Tahukah kamu apa yang Allah SWTkatakan tentang kamu? Sifat Allah SWT adalah maha pengampun lagi mengasihani - Allah SWT tidak sesekali menentang hambanya malah memberi peluang bertaubat secukup-cukupnya sehinggalah Hari Kiamat. Peluang Bertaubat juga kepada kamu meriam. Saya tidak perlu menjadi 'rasul' untuk mengetahui apa yang Allah SWT katakan tentang kamu. Memadai dengan surah Al-i'Imran ayat ke 7.

Kamu itu tidak mengenal sifat Allah yang Maha Suci sama sekali tidak membenarkan nama Allah SWT dipergunakan. Kamu langsung tidak dapat memahamkan sifat Allah Yang Maha  Suci itu yang tidak membenarkan sesiapa jua yang menggunakan nama Allah SWT bagi perkara yang tidak benar. Oleh itu eloklah tiba masanya saya mengumumkan siapa diri kamu yang sebenar di mata Allah SWT . Kamu itu manusia yang langsung tidak tahu untuk memahamkan sifat Allah SWT untuk dikaitkan dengan kehendak dan ketetapan Allah SWT. Jika Allah SWT sudah menyatakan ulama itu pesuruh dajal, BILA MASA ALLAH SWT MENYATAKAN HAL ULAMAK - sebagai PERSURUH DAJAL. KALAU BENAR - DAH TENTU DIMAKLUMKAN DALAM AL-QURAN (WAHYU) UNTUK MEMBERI INGATAN TERHADAP HAMBANYA .masakan ulama perlu juga dirujuk? Kamu sememangnya langsung tidak dapat melihat apa jua kesucian yang saya nyatakan ini disebabkan hati kamu yang tidak suci itu sudah tentu tidak dapat melihat apa jua kesucian dari Allah SWT. Jadinya bercakap dengan kamu adalah seperti bercakap dengan orang buta yang kononnya tahu sangat pasal gajah dengan hanya meraba bahagian tertentu sahaja tidak menyeluruh. Lalu kamu memberi gelaran bahawa semua yg tidak menerima .. adalah binatang umpama GAJAH pada setiap individu yg meragui kamu. Itulah saya umpamakan kamu. Jadinya tak perlu lagi saya jelaskan apa jua melainkan untuk memahamkan kamu tentang kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah SWT  hanya ini sahaja yang boleh dan sesuai untuk kamu. Kamu akan saksikan bagaimana Allah SWT memberikan kamu petunjuk tentang kebenaran saya bila kamu setiap masa akan memikirkan tentang perkara ini sehingga tidak boleh berbuat apa jua yang lain. Jika ini tidak terjadi bermakna apa yang saya nyatakan ini bukanlah Allah SWT yang menyatakannya. Oleh itu fikirkanlah setiap apa jua yang saya nyatakan ini akan Allah SWT perlihatkan juga kebenarannya. Untuk makluman kamu setiap manusia telah Allah SWT belenggukan ( surah mana yg menyatakan hal ini ?)menurutkan apa jua amalan kamu selama ini. Jika kamu tidak boleh menerima kebenaran saya sebagai Rasul yang Allah SWT utuskan, itu petunjuknya kamu itu sudah tidak bersama Allah lagi, Dan kamu menjadi Hakim - barang sesiapa yg tidak menerima kamu - Allah SWT tidak bersama mereka. malah telah bertuhankan jin. Itu yang sedang Allah pertontonkan. Jadinya perlu apa saya hairankan dan perlukan apa jua sokongan atau penerimaan dari kamu ( dan jika kamu tidak memerlukan sokongan atau penerimaan kami, atas dasar apa kamu menjawab segala persoalan kami disini - sifat Angkuh) Sesungguhnya kamu sedang Allah SWT pertontonkan sekarang siapa tuhan kamu yang sebenar. Jika Allah telah membelenggukan kamu begitu siapalah saya untuk membukakan mata hati kamu itu. Masanya akan tiba bila semua mata hati kamu semua akan Allah bukakan. Di ketika itu kamu akan amat malu dan menyesal besar. Inilah masa kemenangan abadi buat saya (demi kemenangan peribadi kamu !! ).

Walaupun ada banyak persoalan yg saya nak tanyakan kepada kamu (follow-up), namun saya rasa ia tidak akan membuahkan apa-apa faedah.

Jawapan saya. Sememangnya Allah SWT tentukan itu saja hak pertanyaan kamu itu sebab tidak ada gunanya membuang masa melayan orang seperti kamu yang akan tetap buta, pekak dan bisu yang sedang AllahSWT pertontonkan sekarang!! (hanya kerana kamu tidak diterima maka kami ini buta, pekak dan bisu ?) Jadinya tidak juga ada faedahnya saya melayan apa jua pertanyaan kamu itu melainkan untuk ianya diperlihatkan kepada semua yang beriman yang boleh menerima kebenaran saya yang saya berikan email ini dan juga yang saya bcc kan. Oleh itu tak perlulah kamu membuat apa jua kenyataan sebab kamu tidak tahu yang sebenarnya dan roh kamu tidak membenarkan kamu untuk tahu yang sebenarnya sebab takut nanti hilang seorang pengikut! (sifat Allah SWT adalah maha pengasih lagi maha pengampun - sekira hamba Allah SWT itu datang merangkak terhadap Nya, DIA datang berjalan terhadap hambaNya. Sekiranya hambaNya datang berjalan kepadaNya, maka IA datang berlari kepada hambaNya - tidak wujud sifat Allah SWT yg memenjarakan ROH yg mencari pengampunan dan taubat - kamu pulak berlebihan - lebih sudu dari kuah. Kenyataan kamu jelas menyesatkan) Oleh itu fahamkanlah tidak ada juga apa jua faedah untuk saya layan apa jua pertanyaan kamu melainkan untuk memberikan keyakinan berterusan kepada semua yang beriman yang percayakan saya. Itu sahaja sebab email kamu ini saya layan dan jawab; bukan untuk kamu tetapi untuk semua yang beriman yang begitu ramai yang menerima kebenaran saya yang tidak perlu menonjolkan diri mereka kepada kamu semua, kamu faham? (sampai sekarang tak faham - kamu dengan modal kamu > 'kamu faham' typical dakwah meriam).

Mengenai persoalan kenapa kamu masih bebas dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa sangat mudah. Kajian dan siasatan membuktikan kamu bukan 'ANCAMAN'. Ini kerana, kamu tidak tidak diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Jawapan saya: Sememangnya ajaran yang benar dari Allah SWT sudah tentu tidak akan menjadi ancaman kepada mana jua pihak, hanya ancaman bagi semua golongan yang tidak bertuhankan Allah SWT  selama ini (tidak siapa yg menyebut ajaran Allah SWT itu menjadi ancaman - yg disebut ialah meriam yg menjadi ancaman kepada umat Islam) sebab itulah golongan ini menggila marahkan saya. Untuk makluman kamu setiap yang benar dari Allah SWT walaupun menghina setiap ajaran agama dajal yang ada sekarang ini, adalah hak mukhlak saya sebab itulah mana jua kuasa di dunia ini tidak boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman (Taubatlah meriam - Rasullulah sendiri pernah dibaling batu lalu darah mengalir - dan kamu dengan penuh Keangkuhan - laksana kamu lebih hebat dari Rasullulah .. sebesar kuman pun kamu tidak boleh disentuh ? MasyAllah). Ingatlah sebagai Rasul Allah kuasanya bersama kuasa AllahSWT, lalu setiap yang tidak bersama Allah akan berusaha menyatakan apa jua kata yang terdaya untuk menidakkan kebenaran saya yang Allah berikan kuasa Allah yang ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman MasyAllah, apatah lagi mendakwa atau menangkap saya sebagai bukti mukjizat (Sila nyatakan 'mukjizat' kamu - dah banyak kali kamu ditanya oleh pembaca disini !!!) saya yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah SWT Saya tahu apa alasan yang kamu hendak nyatakan bila saya nyatakan kuasa saya bersama kuasa AllahSWT bila kamu cuba menutup mata tentang apa yang saya nyatakan ini disebabkan tidak ada apa jua jalan dan cara untuk kamu semua atau pihak berkuasa negara ini boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman MasyAllah - riak .. Apa kata sekiranya terlalu ramai yang percayakan saya setelah saya menyatakan semua bukti kebenaran saya terutama bila saya menyatakan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman menjadikan begitu ramai yang percayakan saya. Apakah ini tidak menjadi ancaman kepada kamu semua yang tidak boleh menerima apa jua yang benar dari Allah? (kamu marah sebab kami tidak menerima kamu dan itu tidak bererti kami tidak menerima yg benar dari Allah SWT) Jawablah dengan sesuci hati kamu jika kamu insan yang benar! Aku tahu kamu bukan insan yang bersama Allah SWT lagi (Modal kamu yg lapuk - kami pulak dikatakan tidak bersama Allah SWT hanya menidakkan kamu). jadinya mana boleh kamu berkata benar dan suci lagi. Saya tahu apa jawapan kamu seterusnya bila saya menyatakan kuasa yang Allah SWT berikan kepada saya itu akan mengugat dan menjadi ancaman kepada ajaran agama kamu itu bila begitu ramai yang percayakan saya sebagai Rasul Allah, tak gitu? (berapa ramai sekarang meriam ... satu, dua, tiga, empat, meriam marah melompat-lompat, bila dia tidak mendapat tempat, Dia tahu akan merempat ) Apakah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa negara, polis atau pihak berkuasa agama bila menyaksikan begitu ramai orang menerima kebenaran saya setelah apa yang saya nyatakan ini dan selama ini tentang kuasa yang Allah SWT berikan kepada saya itu adalah kuasa Allah SWT yang tidak membenarkan mana jua pihak berkuasa seluruh dunia boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman dijadikan bukti saya adalah benar Rasul yang Allah utuskan kepada semua yang menyokong saya. (Berulang-ulang kenyataan kamu nih meriam = dah tidak bermodal lagi - macam saya katakan dulu - kosong dan tidak ada fakta sokongan langsung - bila kamu nak buktikan kebenaran kenyataan kamu meriam .. kami nak lihat dan kami nak menilai - jgn ashik macam Tong Kosong .. Berduntum dentam tin Kosong, Meriam sudah kehabisan Modal, Seperti Menembak Peluru kosong, Meriam siJaguh tanpa Medal. Tidakkah pihak berkuasa rasakan adanya ancaman bila begitu ramai yang percayakan saya dan menerima saya sebagai Rasul yang Allah utuskan. Percayalah setiap yang benar hanya boleh diterima oleh orang yang benar yang bersama Allah selama ini. Jadinya yang tidak boleh menerima kebenaran saya adalah semua yang sudah tidak bertuhankan Allah lagi MasyAllah meriam ... siapakah kamu yg menidakkan keimanan kami kepada Allah SWT. Jika kamu berpendapat demikian, apakah salah jika saya katakan kamu yg tidak bertuhankan Allah SWT .. kebenaran apa yg kamu katakan ? Kebenaran hak kamu memalukan dan mengaibkan sifat-sifat Allah SWT ? Ini adalah penentuan dihari Akhirat meriam - dimana anak Adam akan dihakimi segala amalan-amalan mereka ketika di dunia. Yg jelas dan sahih .. kamu seperti mempunyai Tuhan versi tersendiri - kamu menentukan sifat-sifat tuhan kamu ..Disinilah letaknya kekuatan kebenaran saya yang Allah SWT utuskan sebagai Rasul Allah SWT untuk dijadikan petunjuk siapa yang masih bertuhankan Allah SWT dan siapa yang tidak, ia-itu yang sudah bertuhankan jin. Untuk makluman kamu yang sudah bertuhankan jin adalah semua golongan yang tidak suci untuk bersama Allah dan inilah golongan yang menentang dan menidakkan kebenaran saya. (berulang lagi ... kamu tidak punya modal lagi .. kosong dan hambar .. semua yg tidak menerima kamu sekarang kamu tuduh bertuhankan Jin pulak ? MasyAllah) Perlukah saya tetap mahukan kamu golongan ini menyokong saya? Sudah tentu tidak walaupun golongan kamu amat ramai di dunia ini. (jangan bercita-cita lah meriam .. tidak ada sesiapa nak menerima ke 'rasulan' ciptaan awak) Saya sudah tentu tidak mahu apa jua sokongan dari golongan ini disebabkan golongan ini akan Allah SWTtempatkan ke dalam neraka lagi sekali - kamu sudah berkuasa melebihi Allah SWT. MasyAllah, tempat hambar Allah SWT samada di Syurga atau di Neraka .. tidak siapa yg tahu .. even Rasullulah SAW .. Allah SWT sahaja yg BERHAK ... Inikan pulak kamu !!!! ...  selepas ini, ia-itu hidup dalam kesusahan dan kesiksaan selepas ini. Saya sudah tentu tidak  bersama semua golongan kamu yang hebat menentang saya itu.memang pun - kamu di neraka jahanam for sure- apakah saya salah utk menentukan kedudukan kamu meriam !!! Untuk makluman kamu semua yang bersama saya sudah tentulah merupakan golongan yang Allah SWT senangi yang tidak pernah berbuat jahat di dunia < ini kenyataan riak .. yg dtg dari seorang 'rasul' !!!! MasyAllah ... ini, agar kamu tahu apakah dan bagaimanakah golongan yang bersama saya dan yang menyokong saya, faham tak? Oleh itu tak perlulah kamu memperkatakan samada ada ancaman atau tidak yang menjadi sebab saya tidak boleh ditangkap atau didakwa. Apa kata bila ramai yang menyokong dan menerima kebenaran saya yang akan bangkit untuk menentang kamu semua? Untuk makluman kamu perkara ini akan tetap terjadi untuk kamu saksikan bagaimana AllahSWT turunkan roh malaikat untuk menolong saya dan menentang semua kamu yang menentang saya. Begitulah yang akan terjadi tak lama lagi untuk saya buktikan kuasa saya yang ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman berulang lagi kenyataan ini - tak ada modal lagi ker meriam .. ashik kuman, kuman, kuman ... Kuman ini kembar kamu ker ? bila begitu ramai yang menyokong saya yang akan Allah SWT tunjukkan nanti bagaimana semua roh malaikat akan Allah SWT turunkan untuk memberikan kemenangan abadi buat saya Kan sudah saya jangka .. 'kemenangan abadi buat kamu meriam .. agenda peribadi .. bukan kemenangan Islam !!!! . Untuk makluman kamu beginilah yang akan terjadi untuk kamu saksikan bagaimana akhirnya AllahSWT memberikan kemenangan abadi buat saya dengan Allah buatkan begitu ramai yang menyokong saya Ulang lagi ... nyatakan lah mana jumlah pengikut kamu ? di mana pengikut kamu sekarang .. boleh penuh ker satu stadium kat Shah Alam tuuh ? Kenapa takut nak istiarkan angka ini ? Kamu kata pihak berkuasa tidak boleh sentuh kamu sebesar kuman !!!! jadi jgn takut lah .. buat kenyataan perhimpunan .. semua pengikut kamu pakai baju HITAM .. kat Shah Alam Stadium .. kami nak tengok sat ... boleh ? . Buat masa ini saya hanya memerangi kamu yang hantar email begini untuk saya dapatkan semua bukti kata-kata dari semua golongan yang menentang saya untuk dijadikan pameran satu dunia nanti agar kamu tahu apakah ertinya setiap email yang kamu semua berikan kepada saya itu dan kenapa saya menjawab setiap email itu yang akan dijadikan pameran untuk satu dunia baca nanti. Begitulah kamu semua dihinakan dan dimalukan ke seluruh dunia Islam tidak berdakwah sedemikian rupa meriam - memalukan pihak tertentu ... agama versi kamu ajer yg membenarkan kot ?Buat masa ini berpuas hatilah kamu dengan sekelumit hujah kamu yang tidak boleh membawa apa jua erti selain hujah untuk menyakinkan dan menyenangkan hati kamu sendiri yang sudah amat sakit menyaksikan kemenangan saya yang akan senantiasa menang bila berlawan hujah Berpijak dibumi nyata lah meriam ... hujah amenda nyer kamu sampaikan disini ... kalau cikgu baca apa yg kamu meroyan ini .. dia akan komen .. Tidak ada isi .. penuh dengan ayat-ayat yg berulang-ulang ... Hujah amenda nih meriam ? Hujah Ulang Tayang ? dengan sesiapa jua yang bijaksana di dunia ini. Oleh itu terimalah teguran suci saya ini, ia-itu kamu semua hanya layak untuk dipertontonkan kehinaan kamu semua melawan apa jua yang datang dari Allah SWT yang saya nyatakan selama ini dan saya sebagai Rasul Allah.SWT Saya tahu saya takkan boleh dikalahkan oleh apa jua hujah yang kamu semua ada melainkan hujah kamu yang paling kamu rasakan bijakpun akan tetap saya kalahkan juga sebagai bukti saya menurunkan kata-kata Allah SWTuntuk Allah SWTsebenarnya yang berlawan hujah dengan kamu semua, kamu faham? Yg saya faham lah .. selain daripada hujah-hujah Ulang Tayang yg kosong ... kamu sendiri terbukti JAHIL dengan  menulis  nama Allah .... tanpa SWT. Semua yg kaler hijau itu saya yg tambah ... Inikah bukti kamu persuruh Allah SWT ? 

Disini, mana-mana individu mencabar kamu (tidak menerima dakwaan kamu sebagai rasul dan suami kamu sebagai Nabi Isa), kamu menyuruh / mencabar mereka BERSUMPAH untuk menyatakan bahawa kamu bukan rasul. Ini lah yg paling pelik yg pernah saya jumpa.

Jawapan saya:  Dengan apa yang kamu nyatakan itu lagilah pelik kepada semua yang beriman yang bersama saya. Nak tahu kenapa saya katakan begitu? Sebabnya kamu itu langsung tidak mengenal sifat Allah SWTyang ini di mana setiap Rasul ada caranya untuk menyelamatkan setiap yang menentangnya dengan cara yang Allah SWTtentukan cara apa ? menghina dan menyamakan kami dgn Gajah ? Jangan berani lah mengatakan ini cara Allah SWT .. Allah SWT bukan begitu .. sifat Nya lebih mulia dari sifat yg kamu katakan .. Allah SWT tidak memilih orang macam kamu sebagai rasul .. penuh dengan kata nista .. penuh dengan RIAK ..  Jika saya hanya memerangi kamu dengan hujah menerusi email, bermakna cara untuk menyelamatkan kamu hanya dengan menyatakan sumpah SUMPAH LAGI ...  inilah modal kamu meriam ...  itu agar kamu yang bersumpah itu mendapat petunjuk dari Allah SWTuntuk menerima kebenaran saya. VERSI (kalau kamu tidak punya Mazhab) mana yar meriam ? > Bersumpah untuk mendapat petunjuk < .... biul benar lah kamu nih ... Tahap Gaban BIUL kamu nih !!!! ... Nak mendapat pertunjuk dengan cara mendekati Allah SWT melalui sembayang fardu, sunat hajat .. doa selepasnya ... MasyAllah ... versi Islam mana nih meriam ?Itulah sebab AllahSWT tentukan perkara sumpah ini dituntut. Lagipun kan perkara menyerahkan urusan yang ada kaitan dengan Allah diselesaikan dengan cara menyerahkan segalanya kepada Allah dengan cara bersumpah mubahalah begitu. Ini bersumpah VERSI kamu meriam ... sikit-sikit bersumpah .. sumpah .. sumpah ... selesaikan isu-isu ini dengan sumpah jer ? Apakah kamu langsung tidak tahu adanya tentang perkara sumpah ini Allah SWTtuntut dari setiap yang bertengkar menegakkan kebenaran masing-masing dengan menyuruh semuanya bersumpah mubahalah begini, apa inipun kamu tak tahu? Kamu yg Biul meriam ... atas dasar apa sumpah perlu kami buat ? Cukup ker syarat-syarat sumpah nih ... Jika begitu baiklah kamu baca keseluruhan isi kandungan Al-Quran itu untuk kamu memahamkan adanya tentang perkara begini Allah SWT nyatakan. Disebabkan saya sememangnya benar Rasul yang Allah SWTutuskan, segala tentang kebenaran saya dan apa jua yang saya perlu lakukan semuanya menurutkan setiap apa jua yang sudah siap dinyatakan dalam Al-Quran. Kamu pula asyik menyatakan hujah kamu berdasarkan bentuk hati dan nafsu kamu semata-mata, jadinya siapa yang benar sekarang! perhalusi kan meriam ... saya atau kamu .. !! 
Ada 114 surah dalam Al-Quran .. ada berapa banyak surah yg menyebut tentang kedatangan kamu di Malaysia ?


Kedatangan Nabi terakhir Nabi Muhammad SAW .. disebut dengan jelas dalam Al-Quran [ ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya)], 
[6]
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

Surah As-Saff ayat 6

Maka dimana kah kamu meriam ? ayat
Muhkamaat mana menerangkan kedatangan kamu .. tentang kewujudan 'rasul' perempuan ?


 Jangan Berdendang Tin Kosong meriam .. hujah-hujah kamu tidak lain seperti mana terkandung dalam surah Al-i-'Imran.

Saya tidak bercadang untuk mengulas dan menjawab persoalan-persoalan yg kamu kemukakan seterusnya atas sebab-sebab yg telah saya nyatan diatas - kamu tulis semua kosong .. tin kosong .. berulang-ulang ...

Tak ada isi .. (kata cikgu sekolah aku dulu .. goreng lebih .. isi satu jer .. yg lain cukupkan jumlah perkataan .. ) tak ada fakta dan hujah-hujah kamu berdasarkan kepada surah Al-i'Imran ayat ke 7 : 


“Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Mengajak kami bersumpah ?

Atas dasar apa meriam ooiii ? kamu tidak cukup syarat untuk kami bersumpah. Kamu lebih kepada sampah masyarakat. Yg telah dinasihatkan secara baik namun kamu tidak insaf.

Ashik dengan modal lama .. bersumpah .. bersumpah !!!

Apakah kamu tahu syarat-syarat Mubahalah ini ?

Syarat ke 4 sumpah Mubahalah tidak wujud kepada kamu meriam oiii .. tak perlu nak mengajak semua kat sini yg menentang kamu .. untuk bersumpah.

Secara ZAHIR nya kamu tidak berupaya .. kamu kantoi kat part ini .. tunjukan lah .. mukjizat kamu. Jangan pulak kamu belajar dari David Cooperfield pulak ... itu dah sihir (wallahualam).

Saya tak perlu nak menjawab komen-komen kamu meriam. Pembaca boleh menilai pada tahap ini.

Wallahualam.







Pendekatan kamu yg PELIK   *****
*************************************************

Saya boleh menyimpulkan dengan dengan kenyataan begini > Hanya kerana sebilangan besar tidak percaya 'PRODUK' kamu .. dan tidak menerima produk kamu ... serta tidak membeli produk kamu .... kamu suruh mereka bersumpah .. yg produk kamu adalah tidak benar lalu .. kamu menyatakan bahawa 'LAKNAT ALLAH SWT' akan menimpa mana-mana individu yg bersumpah gaya begitu.

Jawapan saya:  Jika apa yang kamu katakan itu benar, kenapa tidak mahu menyatakan sumpah kamu itu, takkanlah takut pula? Takkanlah Allah boleh mengapakan kamu jika saya tidak benar setelah kamu menyatakan sumpah kamu itu. Itu petunjuknya saya benar Rasul yang Allah utuskan sebab saya perlu gunakan bukti begini sebagai bukti saya adalah benar Rasul yang Allah utuskan. Jika saya menggunakan perkara sumpah ini sebagai bukti kebenaran saya sebagai Rasul Allah, masakan kamu takut untuk menyahut cabaran bersumpah mubahalah ini? Untuk makluman kamu disebabkan saya adalah benar Rasul yang Allah utuskan, maka kamu semua amat takut untuk menyahut cabaran bersumpah itu. Tahukah kamu menyahut cabaran bersumpah yang saya tuntut itu merupakan sesuatu ibadah juga bila kamu mempertahankan kebenaran hak Allah. Jadinya kenapa kamu tidak mempertahankan hak Allah jika benarlah kamu benar dan apa yang kamu amalkan itu benar dari Allah, maka wajib kamu mempertahankan hak kamu menyatakan saya bukan Rasul Allah untuk kamu menyahut cabaran bersumpah itu demi Allah. Ini kan juga ibadah bagi kamu memelihara hak Allah jika benarlah kamu menyatakan aku bukan Rasul yang Allah utuskan, seharusnya kamu berani menyahut cabaran sumpah itu. Tetapi malangnya kamu mempertontonkan kelemahan kamu yang tidak berani mempertahankan hak Allah jika benarlah kamu bawa hak Allah. Disebabkan kamu semua bukan membawa hak Allah yang sebenar, maka kamu tidak berani menyahut cabaran sumpah itu dengan alasan kamu yang amat lemah, ia-itu hanya setakat menyatakan ianya pelik. Untuk makluman kamu seharusnya saya yang menyatakan kamu itu pelik tidak mahu menyahut cabaran sumpah saya itu. Jika kamu di pihak yang benar dan bersama Alllah, kamu sudah tentu menyahut cabaran sumpah saya itu, tak gitu? Sebenarnya kamu bukan membawa hak Allah sebab itulah kamu tidak berani menyahut cabaran sumpah itu, Dengan sebab itu terpaksalah menyatakan ianya pelik tanpa kamu sedari orang lain menyaksikan kamulah yang sebenarnya pelik!!! Untuk makluman kamu mana boleh golongan kamu menerima apa jua yang saya bawa sebab kamu dan saya tidak sama. Saya menyembah Allah dan kamu tidak. Itulah yang boleh saya nyatakan untuk kamu tahu siapa kamu yang sebenar untuk disaksikan oleh semua yang beriman, kamu faham???
Meriam dan Gaya Hidup ****************************************************************

Kamu dan suami kamu lebih dilihat sebagai couple yg menjalani satu kehidupan tersendiri. Mempunyai kekuatan mempercayai yg kamu adalah rasul dan suami kamu adalah Nabi Isa. Dan kamu mahu kepercayaan ini diterima oleh UMATT ISLAM satu dunia. Yg mana tak percaya kamu gesa supaya bersumpah menafikan kehidupan dan dakwaan kamu lalu kamu menyatakan bahawa mereka yg bersumpah ini akan menerima 'LAKNAT ALLAH SWT'.

Jawapan saya:  Kamu nampak apa hujah kamu di atas benar2 memperlihatkan dan mempertontonkan sifat manusia yang hina bila membuat sangkaan menurutkan bentuk hati dan roh kamu yang tidak suci itu, maka segala tuduhan kamu itu adalah tidak benar. Kamu nak tahu kenapa aku katakan ianya tidak benar? Sebab aku bukan begitu. Bolehkah aku selamat pada Allah sekiranya aku tidak benar Rasul yang Allah utuskan?? Jawab dulu soalan saya ini jika kamu itu benar kenal Allah dan sifat Allah. Telah sekian lama saya menyatakan saya Rasul yang Allah utuskan, saya tetap selamat juga. Masakan Allah tidak melaknati saya sekiranya saya tidak benar. Untuk makluman kamu hidup saya suami isteri aman damai dan bahagia zahir batin, apakah ini tidak cukup untuk membuktikan saya bersama Allah. Mana boleh orang bahagia zahir batin sekiranya dia tidak bersama Allah? Jawablah pertanyaan saya ini! Untuk makluman kamu lagi saya tegaskan disini, orang yang tidak bersama Allah terutama bila mengaku Rasul takkan boleh hidup bahagia zahir batin. Kamu tanpa tahu akan diri saya dan kehidupan saya yang sebenar sudah membuat tuduhan dan sangkaan sebagai bukti golongan yang tidak bersama Allah, tidak rukuk dan sujud kepada Allah, maka sebab itu boleh buat andaian dan tuduhan.

Untuk makluman kamu bukan cara saya untuk dapatkan apa jua sokongan, itu merupakan tuduhan dan andaian kamu semata-mata sebagai bukti kamu itu tidak lagi bertuhankan Allah sebab itu boleh buat tuduhan begitu. Untuk makluman kamu kuasa saya bersama kuasa Allah, tahulah Allah untuk menghantar malaikat untuk menolong saya, jadinya perlu apa saya bersusah payah untuk dapatkan penyokong. Rasul Allah yang sebenar tak perlukan pengikut atau penyokong sebab semuanya akan Allah tentukan untuk kemenangan abadi buat saya tanpa perlukan apa jua sokongan dari mana jua golongan yang hebat menentang saya. Tujuan saya hanya untuk menolong mereka sebab itu saya hendakkan mereka bersumpah untuk meleraikan segala macam jin yang mengawal dan menguasai mereka itu. Apakah tidak jelas apa yang saya nyatakan sebelum ini? Masanya sudah tiba untuk kamu fahamkan saya bukan Rasul palsu yang mencari dan berusaha untuk mencari pengikut dan penyokong. Kan saya dah bagitahu kuasa saya bersama kuasa Allah, masakan saya perlukan pengikut dan penyokong?? Jelas kamu melemparkan tuduhan tidak benar terhadap saya sebagai bukti hati kamu itu tidak suci untuk membolehkan kamu bersama Allah untuk kamu menerima kebenaran saya ini. Fahamkanlah begitulah Allah berikan petunjuk siapa kamu yang sebenar yang menyebabkan kamu tidak boleh menerima kebenaran saya. Ingatlah kuasa saya bersama kuasa Allah, masakan kamu boleh tuduh saya hendak jual produklah, entah apalah maksud kamu itu tak lain tak bukan menunjukkan kamu itu tidak memiliki hati yang suci yang boleh mengeluarkan kata2 yang tidak benar terhadap saya dan inilah sebabnya kamu tidak boleh menerima kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah. Perlukah saya berusaha untuk dapatkan kamu untuk menjadi penyokong? Sudah tentu tak perlu sebab tugas saya hanyalah untuk menyampaikan kata-kata Allah, itu saja!! Untuk makluman kamu lagi, kamu itu hanya layak untuk mengeluarkan isi hati kamu yang tidak suci itu untuk dipertontonkan, itu saja yang Allah benarkan!
Inilah gaya hidup dan kepercayaan tersendiri kamu yang terlalu sukar hendak diterima oleh mereka-mereka disini. Hal-hal seperti ini telah diingatkan oleh Baginda Rasullulah SAW bahawa akan wujud kejadian seperti ini setelah kewafatan Baginda.

Jawapan saya:  Kamu tahu tak tujuan saya berbalas email dengan golongan penentang Allah dan Rasul Allah ini bukan untuk buatkan mereka percayakan saya sebab Allah dah siap nyatakan semua manusia telah Allah belenggukan menurutkan amalan masing-masing. Apa yang saya lakukan ialah untuk mendapatkan bukti dajal melawan Rasul Allah, itu saja! Lain kali jangan tunjukkan sifat hina kamu itu yang asyik buat tuduhan sebagai bukti kamu tidak bertuhankan Allah lagi, malah telah bertuhankan jin, kamu tahu! Lain kali berhati-hati tidak mengeluarkan hati perut kamu yang kotor itu dengan segala macam tuduhan kamu yang tidak berasas itu. Ingatlah Alllah menyaksikan segalanya untuk Allah menghakimkan kita semua! Untuk makluman kamu Allah sedang mempertontonkan semua dajal melawan Rasul Allah untuk dijadikan bukti dengan cara hitam putih begini; bukan pula untuk tujuan saya untuk mendapatkan sokongan kamu semua. Sememangnya kamu semua merupakan laknattullah belaka, masakan kamu semua boleh menerima kebenaran saya, faham??


Sebenarnya - gaya hidup dan kepercayaan kamu ini bukan satu yg baru. Saya pernah didedahkan oleh satu keluarga Islam .. dimana hidup terlalu liberal, membenarkan girl friend anak lelaki mereka bermalam bersama anak lelaki mereka (tidur bersama dalam satu kamar anak lelaki mereka) dalam rumah mereka. Mereka menerima gaya hidup ini secara terbuka dan apabila ditanya agama yg mereka anuti .. mereka menyatakan Islam adalah agama mereka. Islam mereka yg 'tersendiri'.

Jawapan saya: Kamu nampak akan kehinaan kamu itu yang asyik buat andaian dan tuduhan? Apa kamu ingat inikah pegangan hidup saya? Insaflah sebagai Rasul Allah segala yang dibawanya benar dari Allah, jadinya sudah tentulah segala yang suci dan tidak ada langsung ruang untuk dihina. Kamu tak tahu lagi apa yang saya bawa dari Allah, kamu sudah buat andaian. Jika beginilah cara kamu sah dan nyata kamu itu tidak lagi bertuhankan Allah dan inilah satu-satunya sebab kamu tidak boleh menerima kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah. Saya nak tanya kamu disini jika ajaran ulama itu benar dari Allah masakan lahirnya manusia jahat dalam berbagai perkara, yang kuat sembahyangpun boleh merogol anak, merogol anak tiri, anak saudara dan adik ipar, apa cerita? Untuk makluman kamu ajaran yang saya bawa dari Allah benar-benar akan buatkan orang jadi baik bila sembahyangnya benar, wuduknya benar, rukuk dan sujudnya benar untuk mencegah dirinya dari segala yang tidak baik, kamu tahu tak? Belum lagi saya menyatakan ajaran yang Allah sampaikan kepada saya, kamu semua telah terlebih dahulu membuat andaian! Benarlah kata Allah golongan kamu ini amat ramai di dunia ini yang perlu saya perbetulkan. Hanya masa sahaja menentukannya.. Buat masa ini saya sedang memerangi semua jin, syaitan, iblis dan dajal yang menguasai kamu semua sebelum ajaran Allah yang sebenar saya sampaikan.

Khas buat semua ulama:  Saya tahu kamu juga salah seorang dari mereka, jadi eloklah soalan ini juga saya tujukan kepada kamu, ia-itu benarkah kamu semua mengajar sembahyang yang sebenar selama ini? Benarkah cara berwuduk yang kamu ajarkan itu? Benarkah rukuk dan sujud yang kamu ajarkan selama ini? Jika ianya benar seperti yang Allah tentukan untuk sembahyang yang sebenar, berwuduk yang sebenar dan betul rukuk dan sujudnya kepada Allah masakan boleh ada orang jahat di dunia ini? Tolong jawab soalan saya ini. Untuk makluman kamu jika kamu mengajar sembahyang yang sebenar, berwuduk yang sebenar dan benar rukuk dan sujudnya kepada Allah takkan ujud seperti golongan yang menentang saya ini. Mereka ini semuanya tidak menyembah Allah dengan sempurna, tidak betul wuduknya, tidak betul rukuk dan sujudnya sebab itulah mereka boleh mengeluarkan kata-kata yang hina, kutuk tak tentu pasal, dan yang paling hina di antara yang hina ialah membuat tuduhan dan fitnah. Bila adanya sifat begini dalam diri seseorang itu maknanya sembahyangnya tidak benar, wuduknya tak benar, rukuk dan sujudnya tak benar. Yang dilakukannya hanyalah perbuatan tonggang-tonggek seperti katak jantan mengawan menurut kata Allah dan nyatanya mereka ini hanya menyembah batu, bukan menyembah Allah. Yang benar menyembah Allah takkan boleh buat andaian, tuduhan dan fitnah, juga mengeluarkan kata-kata hina seperti semua golongan yang menentang saya ini yang terdiri daripada berbagai golongan manusia jahat di dunia ini. Ada yang bawa masuk pelacur ke negara ini, ada yang menipu orang untuk dapatkan duit untuk hidup, ada yang buat kerja haram berbagai jenis, ada yang gila menonton gambar lucah seperti golongan yang menyerang saya dengan berbagai kata mencarut dalam group KL Bogel, agar kamu tahu segalanya jadi bahan saya untuk mengumpulkan bukti semua yang menentang saya adalah dari golongan yang jahat yang tidak bersama Allah lagi, faham???
Ini bukan untuk kamu seorang .. **********************************************

Apa yg penting disini ... kenyataan dan ulasan saya bukan sebenarnya ditujukan kepada kamu seorang, akan tetapi kepada semua pembaca disini yg merasa pelik dan sukar menerima kewujudan fenomena kehidupan kamu dan pengikut kamu.

Jawapan saya: Mana tak kamu rasakan pelik dan sukar begitu sebab kamu tidak lagi bersama Allah untuk dapat melihat kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah, jadinya begitulah semua kamu Allah pertontonkan. Untuk makluman kamu lagi bersama saya Allah ajarkan maksud berwuduk yang sebenar, ia-itu mensucikan setiap anggota tubuh badan dan semua panca indera dengan amalan yang baik, bukan seperti apa yang dajal ajar untuk berwuduk dengan air. Insaflah kamu semua, kamu takkan dapat apa jua ajaran yang benar dari Allah selagi kamu tidak suci untuk menerimanya. Maka kamu amalkanlah apa jua yang dajal ajarkan kepada kamu untuk kamu terus bersama dajal dan bertuhankan dajal dan tidak bertuhankan Allah lagi, kamu faham???
Sebagai contoh > Kerajaan Langit Ayah Pin .. dan Rasul terbaru yg ditangkap ketika bersarapan dipagi Ramadhan (bukan sahur) - awal bulan Ramadhan yg lalu. Ini adalah antara DUA kes .. terdapat banyak lagi kes-kes ini di Malaysia sejak berzaman lagi dan akan ada lagi kes-kes seperti dakwaan kamu ini pada masa akan datang.
Jawapan saya:  Jangan kamu pula menuduh saya sama dengan Ayah Pin ataupun Kahar Ahmad. Mereka bukan Rasul Allah sebab itulah Allah arahkan mereka kena tangkap. Untuk makluman kamu bersama Rasul Allah yang sebenar ujudnya rasul palsu dengan izin Allah untuk Allah tunjukkan dan buktikan mana Rasul Allah yang sebenar dan mana rasul palsu, kamu faham? Untuk makluman kamu Rasul Allah yang sebenar bersama kuasa Allah yang tidak membenarkan dirinya disentuh walaupun sebesar kuman oleh mana jua pihak berkuasa seluruh dunia sebagai cara Allah membuktikan dirinya sebagai Rasul Allah yang memiliki kuasa Allah, kamu faham? Saya jadikan bukti ini, ia-itu mana jua pihak berkuasa negara ini dan seluruh dunia tidak boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman, apatah lagi menangkap dan mendakwa saya sebagai bukti saya adalah Rasul yang Allah utuskan. Tidakkah kamu tahu kerana kuasa inilah begitu ramai yang sudah percayakan saya, tidakkah ini mengancam agama kamu itu? Jadinya pihak berkuasa kenalah ambil tindakan sebab dengan cara ini saya membuktikan diri saya sebagai Rasul Allah. Untuk makluman kamu kerana dakwaan saya inilah begitu ramai yang percayakan saya, jadi hendak buat macam mana sekarang. Suruhlah pihak berkuasa menangkap dan mendakwa saya jika boleh. Jika tak boleh itulah bukti saya adalah Rasul yang Allah utuskan dan orang ramai kenalah terima kenyataan saya adalah Rasul yang Allah utuskan. Macam mana? Tak terancam ke agama dajal kamu itu??? Ulama tolong jawab!!!
Apa pun, satu ketika nanti pasti segala aktiviti seperti ini akan sampai ke satu nokhtah (sebagaimana kebiasaanya).

***************************************************************************


Jawapan saya:  Saya amat senang dengan apa yang kamu nyatakan di atas untuk kita semua melihat boleh atau tidak saya berhenti menjalankan tugas saya sebagai Rasul Allah. Jika ianya ada nokhtah seperti yang kamu nyatakan itu, maknanya saya bukanlah Rasul Allah. Untuk makluman kamu saya bukan sahaja menyampaikan ajaran Allah kepada negara ini sahaja tetapi ke seluruh dunia. Saya akan mendapatkan tempat saya yang sebenar tak lama lagi untuk kamu semua saksikan benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini. Yang pastinya kamu semua akan hidup dalam neraka selepas ini, ia-itu hidup tersiksa di dunia ini untuk kamu semua saksikan benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini. Jika tidak benar kamu semua boleh pancung kepala saya sekiranya saya tidak dapat membuktikan setiap apa jua yang saya nyatakan ini. Terus terang saya katakan saya amat senang dengan setiap apa jua yang kamu nyatakan ini untuk saya jawab setiap satunya untuk menjadikan kebenaran saya sebagai Rasul Allah lebih terserlah bila saya akan tetap menjalankan tugas saya sebagai Rasul Allah sebebas-bebasnya tanpa boleh diganggu oleh mana jua pihak berkuasa seluruh dunia, kamu faham?

Sekian saya maklumkan untuk hari ini. Untuk makluman kamu, apa jua yang kamu nyatakan adalah petunjuknya kamu hanya buat andaian dan tuduhan semata-mata bila kamu menyatakan keburukan saya yang tidak ada satu apa jua yang buruk tentang saya bila kamu semua berani mengkaji setiap apa jua tentang saya, dari diri saya secara peribadi, kehidupan saya dan apa yang saya bawa dari Allah, tidak ada satupun yang buruk. Oleh itu sebelum tahu segalanya dengan kajian yang menyeluruh, tak perlulah kamu mengeluarkan kata-kata dari hati kamu yang tidak suci itu dengan cara kamu membuat andaian, sangkaan buruk dan tuduhan terhadap saya. Saya dengan ini menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk segera menangani masalah ini agar orang ramai tidak perlu berlawan bertengkar, mengutuk saya lagi bila saya mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah dalam mahkamah nanti. Harap maklum semua pihak berkuasa negara ini bila masa sebenar saya akan buat pengumuman diri saya sebagai Rasul Allah bila Jabatan Agama Islam Perak dan semua yang hebat menghina dan memfitnahkan saya, saya saman nanti. Sekian saya maklumkan untuk tindakan pihak berkuasa seterusnya......


Saya yang menurut perintah Allah,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Allah
Syarat-Syarat Mubahalah
(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4.
Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment