Tolong FLAG blog di bawah. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

http://godsguidance-saiful25shafiq.blogspot.com

Tolong FLAG blog di atas. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Salam buat semua,
Diharap dengan adanya blog ini, orang ramai sedar akan wujudnya rasul palsu ini yang mendakwa dirinya adalah rasul dan suaminya pula nabi Isa.

Pihak berkuasa nampaknya memandang sebelah mata akan isu ini, harapan kami suapaya ianya mendapat perhatian pihak berkuasa agama akan bahayanya dakyah palsu ini.
Bersama kita membanteras Rasul Palsu MERIAM AHMAD SHAH ini.
Takbirrrrrr!
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

rasul melayu cetek ilmu!

MasyAllah ..

Terlalu daif dan cetek ilmu kamu ini. Kaabah diumpamakan sebagai batu penyembahan !!

Saya tidak mahu terlalu keterlaluan, namun demi menjawab tentang kedaifan ini (harus) adalah menjadi tanggung jawab bersama menjelaskan sejarah Baitullah (Kaabah) kepada sesiapa juga yg tidak pernah mencari jawapan terhadap kiblat sembayang orang-orang Muslim di dunia ini.

Kewujudan Baitullah @ Kaabah di Mekah mempunyai kaitan rapat dengan kewujudan Baitull Makmur di langit. Ia adalah selari kedudukannya dengan Baitullah di Mekah.

Kiblat (arah) menghadap Kaabah @ Baitullah adalah wujud sejak Allah SWT merasa murka terhadap malaikat-malaikat mempersoalkan Nabi Adam.

Allah SWT berfirman (nanti saya carikan surahnya) ‘Siapakah kamu (malaikat2 yg bertanyakan tujuan Allah SWT) yg lebih mengetahui daripada Aku’

Lantas dengan jawapan Allah SWT, malaikat yg mempersoalkan kewujudan Nabi Adam menjadi teramat takut dan gementar lalu mereka memohon keampunan dengan cara mengelilingi Arasy Allah SWT yg terlalu luas. Dikatakan, sehingga hari kiamat, satu pusingan mengelilingi Arasy Allah SWT tidak akan tercapai.

Maka, Allah SWT memerintahkan malaikat2 terbabit untuk mengelilingi Baitul Makmur di langit. Semenjak dari itu, semua malaikat yg bertugas di langit Allah SWT melakukan ‘Tawaf’ seperti mana yg dilakukan oleh hamba-hamba Allah SWT di muka bumi .. iaitu mengelilingi Baitullah sebagai antara ibadah-ibadah yg kita ketahui.

Baitullah adalah tempat bukan sahaja untuk umat Baginda Rasullulah tawaf malah untuk malaikat-malaikat yg bertugas di bumi Allah SWT.

Didirikan semenjak Nabi Adam dan pernah hilang dari pandangan disebabkan faktor cuaca (banjir) .. @ Mekah terletak diantara lembah.

Ketika Nabi Ibrahim dan Ismail, Kaabah @ Baitullah didirikan kembali dengan bantuan Malaikat Jibrail.

Ada baiknya kamu cari bahan-bahan sejarah Kaabah sebelum kamu berani memperkatakan atau memberi pendapat berunsur KESESATAN yg amat KUFUR.

Makna Syirik :Adalah perkerjaan menduakan Allah SWT. Yakni, mempercayai tuhan yang lain yg berkuasa sebagai option mendapatkan pertolongan.


Contoh : aktiviti 'Menurun Nombor Ekor' dikubur-kubur yg dianggap keramat bagi meminta pertolongan untuk menang loteri. Secara mudah, aktiviti-aktiviti yg bertentangan dengan akidah.

Bersembayang berkiblatkan Baitullah bukan SYIRIK. Sebagaimana yg saya kongsikan. Ia merupakan Kiblat sembayang @ itu bermaksud 'Arah'. Umat Islam tidak menyembah Kaabah / Baitullah.



Ia merupakan satu ARAH sembayang Umat Islam. Seperti mana yg saya terangkan diatas .. Sejarah Kewujudan Kaabah yg mempunyai kaitan rapat dengan Sejarah Kewujudan Baitul Makmur.


Wallahualam.

1 comments:

Anonymous said...

Salam...
Apa tujuan blog ini ya?

Post a Comment