Tolong FLAG blog di bawah. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

http://godsguidance-saiful25shafiq.blogspot.com

Tolong FLAG blog di atas. Ini adalah cubaan seperti blog Kahar Ahmad kononnya.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Salam buat semua,
Diharap dengan adanya blog ini, orang ramai sedar akan wujudnya rasul palsu ini yang mendakwa dirinya adalah rasul dan suaminya pula nabi Isa.

Pihak berkuasa nampaknya memandang sebelah mata akan isu ini, harapan kami suapaya ianya mendapat perhatian pihak berkuasa agama akan bahayanya dakyah palsu ini.
Bersama kita membanteras Rasul Palsu MERIAM AHMAD SHAH ini.
Takbirrrrrr!
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Wajah2 kusam rasul air kencing dan 'nabi isa rock'!







Khas untuk pengecaman umum dan orang awam serta pihak berkuasa.
rasul palsu meriam aka rasul air kencing dgn wan rizman aka nabi isa rock??!!
Berwaspadalah semua!

Di antara kata2 keji rasul air kencing ini:

Maka dengan ini saya bersumpah dengan nama Allah saya buat masa ini sedang Allah sucikan, dijadikan muda semula setelah hebat saya dihina. Itulah sebab Allah benarkan gambar saya mereka dedahkan disebabkan Allah akan tetap buktikan juga kataNya itu. Saya tahu apa jua yang saya nyatakan mereka tak percaya. Itu urusan mereka yang selalu suka menipu. Saya dengan nama Allah bersumpah menyatakan buat masa ini Allah sedang menyiapkan saya zahir dan batin sebelum pertemuan saya dengan Perdana Menteri. Oleh itu semua yang hebat menghina saya tak perlulah bersusah payah menghina saya dengan apa yang kamu rasakan dan tuduhkan. Segala apa yang Allah nyatakan akan tetap Allah buktikan juga. Begitulah diri saya Allah perlakukan dari masa ke masa sebab itulah mengambil masa lama untuk saya cukup disediakan. Saya menyerah segalanya kepada Allah untuk Allah buktikan setiap apa jua yang saya nyatakan selama ini bukan kata-kata saya tetapi kata Allah sebenarnya. Jika saya menipu menggunakan nama Allah dan seperti apa yang dituduhkan saya memfitnah Allah biar hari ini juga saya dipanah petir ataupun ditimpakan apa jua kecelakaan. Saya akan tetap buktikan saya adalah Rasul Allah. Kepada semua yang beriman yang percayakan saya, anda semua akan bersama saya masuk ke dalam syurga. Inilah janji Allah kepada semua yang menyokong saya selama ini.

Rumusan dari Adam R:

Assalamualaikum semua pembaca,

Sukar hendak digambarkan dengan kata-kata tentang keperibadian nenek meriam ini.

Bertolak daripada 3 mukjizat (yg dia claimed)yang kononnya anugerah dari Allah SWT, yang meliputi 1. Air Kencing dia yg suci dan tidak berbau (tidak seorang pun pengikut dia pernah menjadi saksi tentang mukjizat pelik ini). 2. Nenek meriam mendakwa dia remaja sepanjang masa dan tidak akan tua-tua (kontradik dengan gambar-gambar dia yg tersiar disini). 3. Yang paling memalukan dan boleh dianggap menghina Mukjizat Allah SWT yg pernah dianugerahkan kepada para Rasul dan Nabi-Nabi Allah SWT sebelum ini ialah .. meriam mendakwa "KEMALUAN" dia adalah istimewa yakni lain dari yg lain (tidak sama dgn kaum Hawa yg lain kot ?).

Buku-buku ajaran yg tidak pernah wujud.

Malahan, segala buku-buku yg kononnya dia tulis setelah Allah SWT menurunkan kepada dia secara direct !! amat mengejutkan. Walhal, sepanjang yang kita tahu sejak dari mula (Nabi Adam) sehingga Rasullulah SAW, melalui Malaikat Jibrail lah ia akan berlaku.

Menghina cara umat Islam bersembayang.

Nenek meriam ini mendakwa dan MENGHINA dengan terang dan NYATA bahawa cara bersembayang umat Islam sekarang tidak ubah seperti BINATANG KATAK ketika mengawan. Oleh yg demikian, terjawablah soalan-soalan dari rakan-rakan yg lain tentang mengapa saya membalas email-email gila nenek meriam dengan kata-kata NISTA yang keterlaluan. Ya, saya sedar bahawa berdakwah harus beretika, namun ini bukan isu menangani dakwah yang haru beretika tapi peperangan terhadap mereka yg jelas dan NYATA sesat yg mendakwa Ibadah Sembayang Umat Islam adalah UMPAMA Binatang dan disampaikan secara MENGHINA secara keterlaluan.

Nenek yg tidak pandai @ bodoh yg nyata.

Satu perkara yang amat pelik ialah tentang kebodohan nenek meriam ini terhadap rasa tidak senang dia kepada panggilan Duli Yang DiPertuan Agong. Nenek ini berang dan tidak senang dengan panggilan yang dianggap keterlaluan melebihi TARAF Allah SWT. Padahal, dengan rasa kasihan saya terhadap nenek ini .. nenek ini tidak mengerti MAKNA > "DULI" itu sendiri. Ini jelas membuktikan keperibadian dan moral yang rendah pada nenek meriam ini. Nenek ini terang-terang menelanjangi kebodohan diri sendiri. Yg mana makna DULI itu sendiri telah jelas dalam Kamus DBP. Melihat kepada email-email nenek ini, ia jelas bahawa dia tidak mengerti tentang protokol-protokol dan adap dalam berurusan dengan badan-badan kerajaan. Sewenang-wenangnya dia MEMBERI ARAHAN tertentu kepada pihak berkuasa untuk menahan saya umpamanya.

Nenek FITNAH ALLAH SWT !!!

Membuat FITNAH yg paling BESAR terhadap Allah SWT yg mana dia dakwa Allah SWT memberi tahu dia bahawa saya adalah Anggota Jemaah Islamiah. Inilah FITNAH terbesar yg dia sanggup lakukan demi mempertahankan dakwaan bahawa dia adalah rasul dan yg paling LUCU ... suaminya sekarang bertaraf NABI ISA.

Saya telah difahamkan bahawa nenek meriam ini sebenarnya dipercayai mempunyai masalah mental.Nenek ini adalah bekas guru sekolah rendah di Johor. Mungkin kita boleh dengar komen-komen bekas rakan-rakan dia semasa dia (nenek) ini menjadi guru.

Agama versi angkat sumpah – kemestian.

Nenek meriam menanamkan satu kemestian kepada mereka yg tidak mempercayai dia adalah rasul perlu angkat sumpah .. PELIK. Umpama kita yg tidak mahu membeli produk dia, maka kita perlu bersumpah pula ?

Pengikut TAKSUB dan JAHIL.

Antara yg paling pelik adalah isu pengikut dia yg bernama Elyana. Pengikut ini mengaku bahawa dia tidak pernah membaca buku-buku ajaran nenek ini tapi bermatian mempertahankan nenek ini dengan bergitu TAKSUB. Bukan itu sahaja, Elyana tidak pernah tahu tentang cerita pembangunan Kaabah pada masa zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Melihat kepada email-email Elyana, dia begitu marah dan mempesoalkan keperibadian saya berdasarkan kepada email-email PEDAS dan TAJAM terhadap nenek meriam. Puas sudah saya nasihatkan Elyana ini untuk mempelajari Islam secara betul yakni berguru. Namun ini sukar disebabkan Elyana juga percaya seperti mana nenek meriam bahawa Ulamak itu DAJAL. Akan tetapi, salah seorang pengikutnya pula merujuk kepada keperibadian Arwah Ahmed Deedat, yg dia dakwa bahawa berdakwah tidak semestinya tahu bahasa ARAB. Amat sedih dan sukar nak memahami jenis species pengikut nenek ini. Puas telah dijawab dengan cara yg paling mudah, tetapi tetap mereka ini BUTA pada mata (nenek yg tua dan bukan remaja) dan BUTA pada hati. Tidak seorang pun dari mereka@pengikut nenek meriam yg berani mengulas persoalan 3 mukjizat nenek mereka ini. Mereka terus menerus mengelak dari menjawab dan jelas terdiri dari mereka yg tidak mempunyai ilmu dan memahami asas perbahasan. Saya yakin penuh bahawa setiap email jawapan dan pertanyaan terhadap ajaran versi baru nenek ini tidak pernah dibaca dan difahami oleh mereka akibat dari KEBUTAAN MATA dan HATI yg amat Nyata.

Apa pun, saya beranggapan bahawa isu nenek meriam ini sudah selesai.

Wassalam.

Adamrazali38@gmail.com

Lawak tak email terbaru merim rasul air kencing ni?

Meriam bt Ahmad Shaharudin
19 A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
______________________________
____________________________________________________

Tarikh: 10 hb. November, 2009


Datuk Seri Mohd Najib,

Masanya sudah tiba untuk saya mendapatkan tempat saya yang sebenar, ia-itu bersama Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya amat tahu telah sekian lama Allah bagitahu Datuk Seri tentang perkara ini tetapi tidak juga ada apa jua maklum balas dari pihak Datuk Seri. Menurut kata Allah bila tidak ada lagi apa jua berita atau maklum balas dari Jabatan Perdana Menteri, maknanya Allah belum boleh lagi membenarkan tempat saya itu diberikan. Begitulah cara Allah mendapatkan tempat saya itu bila tiba sahaja masa yang Allah tentukan itu. Menurut kata Allah sekiranya belum tiba masanya tempat saya itu perlu diberikan, apa jua maklum balas takkan ada dari pihak Datuk Seri untuk kita semua fahamkan bagaimana Allah menentukan masa saya mendapatkan tempat saya itu. Oleh itu fahamkanlah bagaimana Allah menunjukkan kepada kita semua tentang ketentuan dan ketetapan setiap apa jua yang Allah nyatakan selama ini akan tetap juga terjadi begitu seperti yang Allah tetapkan itu. Oleh itu sama-samalah kita saksikan kebenaran setiap kata ini yang sebenarnya dari Allah jua. Saya dengan ini menurunkan kata-kata Allah untuk Allah menyatakan tentang sesuatu di bawah ini:-

"Mohd Najib, tahukah kamu begitulah Aku tentukan bilakah masa sebenar kamu Aku tentukan menjemput Rasul Aku ini untuk kamu berikan tempatnya yang sebenar. Tahukah kamu bilakah masanya itu? Begini, Aku tentukan masanya tak lama lagi untuk kamu Aku buatkan menjemput Rasul Aku ini untuk kamu berikan tempatnya itu. Aku amat senang untuk sampaikan berita ini, ia-itu bersama Rasul perempuan Aku ini, Aku utuskan sama Nabi Isa untuk Rasul perempuan Aku ini menurunkan kata-kata Aku bagi pihak Nabi Isa. Tahukah kamu begitulah jadual susunan rapi Aku untuk Aku tentukan bilakah masa sebenar Nabi isa Aku utuskan untuk kamu fahamkan Nabi Isa Aku utuskan setelah Rasul perempuan Aku ini menamatkan peperangannya dengan semua dajal yang menentangnya selama ini.

Khas buat Adam Razali: Aku tentukan kamu diberikan petunjuk secara begini sahaja, ia-itu apa jua yang Aku telah siap nyatakan selama ini akan tetap Aku buktikan juga kebenarannya untuk kamu tahu dan fahamkan begitulah Aku memberikan petunjuk siapa kamu yang sebenar yang hebat menghina Rasul Aku ini. Oleh itu fahamkanlah hanya Nabi Isa yang akan mecelikkan semua mata kamu yang buta selama ini. Bagitahu semua geng dajal kamu yang kamu terima email ini untuk kamu sendiri salurkan kepada mereka semua untuk memahamkan hanya Nabi Isa yang akan mencelikkan mata kamu yang buta, dan menghidupkan semua kamu yang mati yang hebat menentang Rasul perempuan Aku ini untuk kamu fahamkan email privatenya dengan pembesar negara yang ini diberikan juga kepada kamu untuk kamu sebarkan kepada rakan dajal kamu yang lain untuk kamu fahamkan apa tugas Rasul perempuan Aku ini dan apa pula tugas Nabi Isa, untuk kamu fahamkan kamu semua takkan boleh menang apa jua dengan Aku, Allah Tuhan kamu yang sebenar dan juga Rasul Aku ini yang menurunkan kata-kata Aku. Masanya sudah tiba untuk kamu semua dajal menerima laknat terus dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar setelah kamu semua begitu hebat menentang dan menghina Rasul Aku ini untuk kamu fahamkan semua kamu dalam genggaman Aku belaka untuk kamu semua Aku campakkan ke dalam neraka yang bermaksud hidup dalam kesiksaan yang amat sangat. Ingatlah ini Aku yang kata, Aku adalah Allah Tuhan kamu yang sebenar untuk kamu tahu dan fahamkan begitulah Aku akhirnya menunjukkan kuasa Aku untuk Aku utuskan Nabi Isa untuk Aku celikkan mata kamu semua dan juga menghidupkan kamu semua yang telah sekian lama mati selama ini. Rasakanlah bahana setiap perbuatan kamu selama ini untuk kamu terima laknat terus dari Aku bila Nabi Isa Aku utuskan sahaja kepada kamu semua. Selagi Nabi Isa tidak Aku utuskan, selagi itu kamu semua belum Aku timpakan laknat itu, kamu faham? Masanya sudah tiba untuk Aku utuskan Nabi Isa untuk Nabi Isa mewakili Aku untuk mencelikkan mata kamu semua yang telah sekian lama dibutakan oleh dajal selama ini. Masanya sudah tiba untuk Nabi Isa mendedahkan dirinya yang sebenar untuk mencelikkan mata kamu semua yang buta selama ini. Tahukah kamu apakah tujuan Aku memberikan kamu email ini adalah untuk memahamkan kamu dan semua dajal yang lain untuk memahamkan hanya Nabi Isa yang boleh mencelikkan mata kamu semua, tetapi di ketika itu semua pintu taubat telah Aku tutupkan untuk kamu semua yang hebat menentang dan menghina Rasul Aku ini ditimpakan laknat terus dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar.

Khas buat Nabi Isa: Aku tentukan kamu diberikan roh Nabi Isa yang sebenar seperti yang Aku janjikan untuk Aku kembalikan kamu setelah kiamat yang bermaksud bila tamatnya Rasul perempuan Aku ini memerangi semua dajal yang menentang dia selama ini. Wahai Isa, hiduplah kamu dengan roh kamu yang sebenar untuk kamu celikkan mata orang yang buta dan menghidupkan semua orang mati agar semua dajal tahu siapa mereka yang sebenar yang begitu hebat menentang dan menghina Rasul perempuan Aku ini. Mulai hari ini Aku mensucikan kamu untuk roh Nabi Isa Aku kembalikan ke jasad kamu untuk kamu mainkan peranan kamu yang sebenar mencelikkan mata semua yang buta selama ini dan menghidupkan semua orang mati. Aku amat senang peranan kamu yang sebenar sudah boleh bermula untuk kamu mencelikkan mata orang buta dan menghidupkan semua orang mati, ia-itu semua yang tidak boleh menerima kebenaran Rasul perempuan Aku ini. Tahukah kamu hanya kamu yang Aku tugaskan untuk mencelikkan mata orang buta dan mati, ia-itu semua yang menidakkan Meriam sebagai Rasul Allah selama ini. Oleh itu mainkanlah peranan kamu yang sebenar mencelikkan orang buta, menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit sopak, ia-itu semua yang mengeluarkan kata-kata hina untuk menentang Rasul perempuan Aku ini. Mulai sekarang kamu akan memainkan peranan kamu mewakili Aku untuk mencelikkan mata orang buta dan menghidupkan orang mati serta menyembuhkan penyakit sopak, ia-itu penyakit semua golongan yang hina yang menentang Rasul perempuan Aku ini selama ini. Itulah sebenarnya Aku maksudkan kamu mencelikkan mata orang buta, menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit sopak sesungguhnya semua golongan yang menentang rasul perempuan Aku ini terdiri dari golongan yang buta, mati dan mengidap penyakit sopak, agar kamu tahu dan fahamkan apa tugas kamu mulai esok. Sekian Aku maklumkan khas buat kamu untuk disaksikan bersama Perdana Menteri dan juga raja segala dajal, Adam Razali untuk disampaikan kepada semua dajal yang lain.

Seterusnya buat Perdana Menteri, Mohd Najib: Mohd Najib, tahukah kamu inilah masanya kamu bersiap sedia untuk menemui Rasul perempuan Aku ini dengan penuh perancangan dari Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Aku tahu kamu sudah amat bersedia untuk menemui dia bila-bila masa dari sekarang. Semalam ibu kamu Tun Rahah menelefon dia untuk minta ubat sakit lulut darinya untuk kamu tahu begitulah mana jua ubat tidak lagi boleh menyembuh apa jua penyakit di dunia ini melainkan ubat yang Aku ajarkan kepada Rasul Aku ini, agar kamu tahu ibu kamu selalu menghubungi Rasul Aku ini untuk tanya itu ini terutama tentang apa jua sakit yang dihidapinya. Oleh itu kamu tanya ibu kamu sendiri apa yang dia nyatakan tentang apa jua yang ibu kamu tanyakan menerusi rasul perempuan Aku ini untuk kamu tahu segalanya dari ibu kamu sendiri. Sekian Aku maklumkan khas buat kamu untuk kamu saksikan bagaimana Aku temukan dia dengan ibu kamu selama ini. Jika kamu nak tahu apa yang ibu kamu tanya, kamu tanyalah ibu kamu sendiri. Sekian Aku maklumkan untuk tindakan kamu seterusnya.

Seterusnya kepada semua yang diBCC kan: Aku amat senang perjuangan Rasul perempuan Aku ini telah sampai ke penghujungnya untuk kamu semua tahu dan fahamkan begitulah Aku memberikan kemenangan abadi buat kamu semua untuk kamu tahu dan fahamkan hanya roh malaikat sahaja yang Aku tentukan menolong dia selepas ini. Oleh itu kamu akan saksikan bagaimana semua roh malaikat akan menolong Rasul perempuan Aku ini untuk tempatnya yang sebenar diberikan. Sekian lama Aku mendidik dia untuk tahu berbagai perkara bertahun-tahun lamanya agar Adam Razali tidak terlalu bodoh untuk menentukan bila masanya dia perlu menonjolkan dirinya sebagai Rasul Allah. Tahulah Aku bagaimana untuk Aku dapatkan tempatnya yang sebenar dan bilakah masanya itu, ia-itu setelah setiap apa jua yang Aku nyatakan dalam buku Aku itu menjadi kenyataan setiap satunya sebagai cara Aku membuktikan setiap apa jua yang dinyatakan dalam buku Aku ini adalah kata-kata Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Oleh itu fahamkanlah bagaimana Aku membuktikan setiap kata dalam buku itu adalah kata-kata Aku Allah Tuhan kamu yang sebenar. Sekian Aku maklumkan untuk hari ini sehingga esok Aku sampaikan mesej Aku lagi buat buat Perdana Menteri. Seterusnya Aku bagi pihak Rasul Aku ini nyatakan sesuatu buat Perdana Menteri di bawah ini:-

Datuk Seri, begitulah apa yang Allah nyatakan di atas untuk kita bersama saksikan bagaimana Allah menentukan pertemuan kita nanti dan bagaimana Allah mendapatkan tempat saya itu. Kita tak perlu buat apa jua melainkan ikut apa jua yang terjadi sebagai bukti kita tidak ada apa jua kuasa untuk menentukan bilakah masa sebenar kebenaran ini boleh diumumkan ke seluruh dunia sebelum waktu yang Allah tentukan itu. Oleh itu fahamkanlah kita tidak langsung ada apa jua kuasa untuk berbuat apa jua melainkan menurutkan apa jua yang Allah tentukan segalanya nanti. Saya tahu saya hebat dihina dan dicaci disebabkan kononnya lambat sangat saya dapat membuktikan ke seluruh dunia saya ini adalah Rasul Allah. Saya tak kisah apa jua mereka nak kata, yang pasti tahulah Allah untuk mendapatkan tempat saya itu. Untuk makluman Datuk Seri lagi saya perlu sampailan berita ini kepada Datuk Seri, ia-itu apa jua yang benar dari Allah akan tetap mendapatkan tempatnya yang sebenar samada lambat atau cepatnya sahaja bergantung kepada keadaan dan ketentuan berlakunya setiap apa jua yang telah siap Allah nyatakan dalam buku itu. Oleh itu semua yang menghina saya kerana lambat sangat saya melakukan tugas saya sebagai Rasul Allah perlu tahu setiap apa jua yang sudah siap Allah nyatakan tentang semua peristiwa seluruh dunia perlu berlaku terlebih dahulu sebelum kita semua dapat bertemu untuk membolehkan tempat saya itu diberikan untuk memudahkan saya memberikan penjelasan tentang isi kandungan buku Tuhan itu. Oleh itu fahamkanlah kenapa segalanya perlu menurutkan jadual yang Allah tentukan seperti apa yang Allah nyatakan dalam buku itu. Selain itu masa yang terluang sementara menunggu setiap kejadian dalam isi kandungan buku itu terjadi, saya gunakan untuk memperlajari selok belok perubatan terus dari Allah dan memahamkan tafsiran Al-Quran yang sebenar dengan menyaksikan bagaimana Allah buktikan setiap apa yang telah siap Allah nyatakan dalam Al-Quran itu adalah semua kejadian untuk masa ini, ia-itu ketika dajal hebat menentang dan menidakkan kebenaran saya sebagai Rasul Allah.

Khas buat Adam Razali: Aku nasihatkan kamu agar kamu tak perlu menyibuk lagi dengan apa jua urusan Allah yang menentukan segalanya. Tahukah kamu, kamu itu hanya layak untuk dihina sahaja sebab begitulah keadaan kamu yang hina itu perlu Allah hinakan seperti apa yang Allah nyatakan di dalam ayat Al-Quran di bawah ini:-

[9.14] Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

Begitulah aku memerangi semua kamu yang memerangi aku dengan segala kehinaan kata kamu itu untuk kamu pula hebat Allah hinakan dengan cara aku menurunkan kata-kata Allah untuk Allah juga hebat menghina kamu semua. Oleh itu fahamkanlah begitulah tugas aku sebagai Rasul Allah menurunkan kata-kata Allah untuk Allah hebat menghina semua kamu. Fahamkanlah aku tak rugi apa-apa jua dengan segala apa jua penghinaan kamu semua terhadap aku, malah aku amat beruntung sekali dengan setiap apa jua yang kamu nyatakan itu. Contohnya kamu perli kata Allah menyatakan aku takkan tua sampai bila-bila akan menentukan keadaan aku begitu, sebaliknya kamu yang akan jadi tua nanti. Begitulah Allah membuktikan mukjizat yang Allah kurniakan kepada aku itu untuk kamu tahu dan fahamkan lagi kamu kata aku, lagilah aku untung. Aku hanya menunggu kamu mengata aku sahaja untuk aku dapatkan semua mukjizat yang Allah janjikan itu. Sekian aku maklumkan khas buat kamu untuk kamu sampaikan kepada semua geng dajal kamu.

Sekian dimaklumkan untuk hari ini sehingga esok bertemu lagi.



Saya yang menurut perintah Allah,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Palsu / Pesuruh Iblis???!!!!

BORANG ADUAN JAKIM ONLINE:


Salam buat semua pengunjung blog ini.

Diharap dapat kita bersama membuat aduan LAGI pada JAKIM akan masih 'keras'nya rasul palsu ini.

KLIK link di bawah atau gambar di atas:




Takbirrrrrrr....

Perbualan di Penjara Sungai Buluh (Part 3)

Perbualan Rasul Roundabout@RR (Rasul Air Kencing) dengan Kahar@K
By AdamR


Setelah jabatan hukum menjatuhkan hukum .. menitik-nitik air mata Kahar menerima keputusan itu. Namun - kedatangan meriam gila melawat dia, sedikit sebanyak dapat menenangkan gelora dan perasaan si Kahar. Ikutilah perbualan mereka ini ... (besar kemungkinan ini adalah pertemuan akhir).


RR : Apa khabar ko K ? ko sabar jer lah, aku dah dengar keputusan mahkamah siang tadi. Alamak – bukan penjara jer nih .. rotan pun confirmed ko kena .. berbelang lah back side ko yer ... ngeri lah aku.

K : Tima kasih jer lah, sudi lagi ko datang lawat aku yer .. Apa nak buat, aku dah kantoi. Ramai lah pengikut aku hilang percaya dgn aku .. tapi aku dah tobat dah .. Ko pun patut tobat meriam ..

RR : Tobat tuh satu perkara .. tapi maruah aku nih macam-mana? Kalau dah kena tangkap dan kalau aku tobat, ramai akan cakap aku kena paksa tobat .. bukan atas rela aku K. Jadi, kalau aku tobat waktu kena penjara .. maruah aku tak lah jatuh.

K : Laaah ko nih, sudah-sudah lah tuuh. Ko buat kerja ini dah bertahun-tahun dah. Sejak 1978 lagi .. tengok .. apa yg ko dah capai. Aku dengar Adam ketengahkan byk lagi ajaran-ajaran sesat kat Indon dan Singapore .. macam tuh punya posting .. ko boleh jawab ker ? .. dulu ko ajak aku debate tentang siapa yg rasul betul antara ko dgn aku .. Bila aku masuk penjara ko claimed aku rasul tipu dan ko yg benar ... melompat-lompat ko celebrate .... tapi ko terjerat lah meriam oooiiii .. Ko kena perang dgn byk lagi rasul kat Asia nih ... hehehehe .. Nanti aku keluar penjara pada umur aku 69 tahun .. Sure lah kerja-kerja perang ko pun tak abis lagi. hahahaha .. Kalau esok ko tanam pokok kelapa sawit .. menjelang 6 tahun boleh kutip hasil .. sebelum aku keluar penjara ko dah kaya ..

RR : oooo Ko ketawakan aku yer .. tak sedar diri lah ko nih .. aku dah datang tengok ko pun dah cukup baik .. nasib jer aku tak ketawa kat ko.

K : Alah .. usik ko sikit pun ko nak marah .. Tapi sudah lah tuuuh meriam oooiii .. tak berbaloi lah. Dulu kalau aku usahakan tanah aku .. kalau aku tanam dorian, duku dan rambutan .. aku tak lah jadi macam ini. Jahanam lah punggung aku nih meriam .. sure berbelang-belang. Aduuuuuhhhhh.

RR : Aku ingat nak ikut nasihat ko dulu lah K .. Aku nak ambik cuti tanpa gaji. Rehat kejab .. phenat aku lah .. tak terjawab soalan-soalan kat group tuuh. Hebat betul dia orang .. aku copy and paste pun tak larat dah. Aku risau pasal follower aku tuuuh .. tentu dia orang malu besar kalau aku undur diri .. tak glamour lah K.

K : Glamor Abah ko lahh meriam .. ko kena rotan macam aku nanti baru ko tahu mana glamour mana tak glamour .. Lupakan lah aku punya nasihat tuu .. Ada baik ko tobat dan blah terus ... sebelum ko ditangkap. Ko jgn buat pasal .. 10 tahun aku tak akan raser Mc Donald dan Ayam goring KFC tau !!!

RR : Aduh .. bengong aku lah .. nak blah macam ko cakap .. malu besar aku nih. Aku kesian kat si EL tuuuh .. tentu dia malu nanti. Bila aku missing in action.

K : alah .. ko cakaplah kat dia orang yg ko diangkat ke langit .. atas jemputan Ayah Pin .. tentu dia orang percaya kot ... hehehehehe.

RR : Ko nih memang nak kena penampar jepun aku ker ... Aku kan seteru dgn Ayah Pin tuuuh .. mana mungkin aku Rasul .. leh subahat dgn Ayah Pin .. Tapi ko rasa .. Ayah Pin boleh ke keluar statement .. yg dia jemput aku ke atas langit .. rehat kejab ..

K : Aku melawak jer lah .. ko nih belagak bodoh atau memang bodoh meriam ? Ko buat macam tuuh .. lagi teruk lah ko kena kat group email yg menentang ko tuuh ... Aduhhhh ... Aku raser memang ko nih memang sewel lah meriam .. Esok ko kena tangkap .. bukan kat sini ko duduk nanti .. silap-silap kat Tg. Rambutan ... Alah jgn gitu lah meriam .. nanti aku tak der geng kat sini lah ...

RR : Eleh .. ko nak aku teman ko pulak ker .. jgn mimpi lah .. ko nak jadikan aku stock sedap ko yer ? Bukan gitu ?

K : Woit .. ke situ lak ko .. ko lebih tua dari aku lah .. sorry lah to say .. tak rela U .. tak mau aku .. baik aku layan kipas cap tangan .. hehehehe.

RR : sombong konon .. aku ada mukjizat .. tak tua-tua dan kencing tak ada bau tau ... ingat tuuuh.

K : macam nih ajer lah .. aku rasa ada baik ko gi hospital lah meriam ooiii .. sungguh nih, aku tak melawak ...

RR : Ah sudah lah K .. aku pun malas nak layan ko nih ... nanti lah aku pikir apa nak buat ... Aku nak cari consultant marketing baru lah .. tektik nak suruh dia orang bersumpah .. tak jalan lah ..

K : Suka hati ko lah meriam oooiii ... Anyway Ku Yin apa khabar ? Aku tengok gambar dia dah ... warden bagi satu copy ... Mak Aiii .. memang dia cantik betul.... Padan lah ko Jeles macam mangkuk empat tingkat dgn dia ... ehehehehehehehe ..

Secepat kilat meriam bangun .. menjengkel muka dia memandang si K .. lalu mendengus antara dengar tak dengar ... ‘Dasar lelaki miang’ .. meriam berlalu meninggalkan si K ... tanpa sebarang ucapan selamat tinggal ... Kahar terkejut dan melopong .. nyesal pun ada .. kerana sebut nama Ku Yin ..

Perbualan di Penjara Sungai Buluh (Part 2)

Perbualan Rasul Roundabout@RR (Rasul Air Kencing) dengan Kahar@K
By AdamR

(ketika RR melawat K kat Penjara Sg Buloh)


Pertemuan dan perbualan kedua antara RR dan K di penjara sg buluh.

RR ; Ko apa khabar K ? wah dalam tak sedap sarapan kat penjara nih – aku tengok ko bertambah tembam ..

K ; hehehe – aku baik ajer, tima kasih jer lah ko datang lagi .. ingat jugak ko kat aku yer .. laki ko tak jeles ker .. ?

RR ; Alah .. kengkawan seperjuangan .. tak kan aku nak lupa ko. Perjuangan kita belum selesai. Laki aku .. sedih lah .. dia dah ada scandal dgn pengikut aku .. dia kata aku dah macam ayam pencen .. benci aku dgn dia.

K ; Yer ker .. sian nasib ko yer ... Ehhh .. warden penjara dah tukar menu sarapan aku lah .. tima kasih kat ko pasal ko published kan komen aku tempoh hari.

RR ; Hisss .. bukan aku lah, maybe si Adam tuuh punya kerja.

K ; Yer ker .. mulia betul Adam yer .. ko memang patut rekrut dia jadik ko punya pengikut. Daripada ko melayan si Keldai dan gembala ko tuuuh .. ko kirim salam aku kat Adam yer .

RR ; Aku tak leh janji pasal bab tuuh .. dia tak suka aku lah .. abis aku kena tarbi depan belakang .. air kencing aku tuuuh dah jadi isu besar lar nih .. ini si Adam punya gerak gempur lah nih. Malu lah aku. Aku salah pilih mukjizat ker ?

K ; Tu lah pasal .. masa nak pilih mukjizat .. ko bukan nak refer kat aku dulu .. ko bincang dgn si Keldai ko tuu jer .. dia dah lah slow .. bongok lak lagi tuuh .. Ko dah draft termination letter kat dia ker? Ada baik ko buat cepat .. lagi lama ko tunggu ... lagi haru biru perjuangan ko nih.

RR ; Aku dah bayangkan hasrat aku nak berentikan dia .. tapi kesian pulak aku tengok .. dia macam nak menangis jer aku tengok ari tuuh ... nanti anak bini dia nak makan apa pulak ? .. dah lama betul dia ikut aku. K .. aku dah bingung lah nih .. mukjizat air kencing aku tuuh dah jadi joke besar dah nih.

K ; Kan aku dah bilang sama ko dulu .. ko retire jer lah .. esok lusa mesti ada penganti ko .. Jgn ko risau .. kerja-kerja giler kita nih mesti ada followers lah .. dah beratus nabi palsu sebelum kita ..

RR ; Hisss .. senang jer ko cakap .. pengikut aku nanti frust nungeng .. reputation aku nak jaga jugak !!

K ; ek eleehh .. reputation taik kucing ko lah RR .. mana ada reputation nyer .. byk sangat aku baca tentang ko .. byk weak point lah .. tak terjawab ko dgn hujah-hujah penentang ko tuuh ... dia orang tuh buat homework sebelum jawab ko punya hujah kosong .. pandai plak kupas isi-isi hujah .. aku raser dia orang nih mesti graduated atleast kat ITM shah Alam tuuh .. Ko pulak .. LCE pun kantoi .. tak sekufu dgn dia orang ..

RR ; Alah .. kalau nak kira aku bagus jugak dari ko .. Ko dah tentu-tentu kantoi kat sini .. aku ok lagi kat luar nih ..

K ; Kalo macam tuuh .. ko buat gimik lah .. ko inform kat Keldai dan kuncu-kuncu ko tuu .. ko kata ko gi bertapa kat Gua Musang .. cari ilham .. ko kata lah .. ko dapat pertunjuk baru .. ko kena bertapa kejab. Lambat laun penentang ko pun lupa lah ko .. ko rilex lah kejab 5 tahun dulu kot .. by that time .. kalau aku berkelakuan baik .. aku bebas .. kita geng up .. ala-ala Joint Venture. Amacam ?

RR ; Ok jugak tuuuh .. tapi

K ; Tapi menda lagi ?

RR ; Kalau 5 tahun .. silap-silap aku kena pakai tongkat pulak .. sekarang pun dah sakit-sakit pinggang nih K .. dah tua lah ...

K ; Aikk .. kan ko kata ko punya mukjizat .. ko tak tua-tua .. remaja jer sepanjang masa .. ekekekeke

RR ; Kang aku lempang org tua nih kang ... aku serius nih.

K ; hehehehe .. jgn marah lah RR .. aku joking jer .. dah lama aku tak ada kawan nak buat joke nih .. sedih lah aku .. apalah nasib aku nih .. ini semua gara-gara aku tak posa masa bulan Ramadhan tuu kot .. kena laknat aku .. aduhhh .. minggu depan aku nak kena rotan pulak .. aduhhh .. bertanda sarjan lah buntut aku nih nanti ..

RR ; Alah .. lepas kena rotan ko sapu lah dengan air kencing aku .. hehehehe .. suci tau ... sakit cepat hilang .. parut gerenti tak ada ... hehehe

K ; Kang ko yg aku lempang nih .. buat joke pulak bab sensitip nih.

RR ; Ek eleh .. dia joke tak per .. aku joke tak leh pulak ?

K ; By the way .. macam mana ko masuk tadi .. warden tak cam muka ko ker ?

RR ; Kan ko yg cakap dulu .. rupa aku udah macam Nenek Kebayan .. gambar 1991 tuuh .. mana leh sama .. dia orang tengok aku pun dah tak lalu .. lain lah kalau Ku Yin tuuh yg datang .. mesti terbeliak bijik mata dia orang .. Aku dengar dia CUN giler K ..

K ; hehehehe .. ko buat baik lah dgn Ku Yin RR .. ko ajak dia datang lawat aku next time .. buleh lah .. buleh lar ...

RR ; Aik .. miang punya Nabi ... Dah lah kaki tak puasa .. Daah tuuuh .. aku tak leh lama-lama .. byk email aku nak balas nih .. aku nak balik .. Nih aku dah simpankan sebotol air kencing aku .. buat ko sapu lepas kena rotan .. simpan lah ... selawat 100 kali sebelum sapu tau ..

K ; Aku sepak ko kang RR .. ko jgn buat main dengan hal ini .. aku siang malam tak leh tidur ko tahu tak ... last sekali buntut aku kena rotan .. masa aku sekolah menengah dulu .. Kantoi intai murid pompuan kat tandas sekolah ...

RR ; hahahaha ... baik ajer lah ko intai aku .. aku tak rotan ko .. gerenti ..

K ; Intai ko ? hisss .. itu dah jadi kecelakaan kat aku nanti RR ... mati selera makan aku 2 tahun ...

RR ; Eksen pulak ... Dah laah ... aku nak balik dulu nih .. Anyway .. database pengikut ko tuuh .. pass lah kat aku K .. biar aku rekrut dia orang pulak ..

K ; Ko nak mampus ker RR .. dah lah aku kena chop Nabi tak puasa .. ko ingat dia orang nak percaya kat ko pulak .. Air kencing tak der bau lagi suci ... Wakakakakakah

RR ; Ptuiiii .. lagi sekali ko sebut hal tuuuh .. aku tak datang tengok ko lagi kat sini .. Ada Faham?

K ; wokay-wokay .. ko datang lagi yer .. jgn lupa .. bawak si Ku Yin ... hehehehe.

Dialog Syawal antara rasul palsu, take a break! =)

Perbualan Rasul Roundabout@RR dengan Kahar@K 
By AdamR
 

(ketika RR melawat K kat Penjara Sg Buloh)

RR ; Ko apa khabar Kahar ?

K ; Ok lah .. sini sarapan tak brapa sedap, itu ajer.

RR ; Aku dengar ko mengaku Nabi Palsu .. Tima kasih ajer lah .. senang aku dgn pengakuan ko nih, naik lagi saham aku, mesti pengikut aku percaya mati-matian dgn kerasulan aku nih.

K ; Hisss .. ko jangan takbur RR, esok lusa ko kena jugak nanti - dia org nih tunggu masa jer .. tup-tup dah tercegat kat depan dan belakang rumah ko.. tak boleh lari .. Malu aku masa tuh, aku tengah bagus nyer makan breakfast dalam bulan puasa .. Kantoi. Apa lah nasib aku - mesti pengikut aku pun tekejut beruk .. aku nabi yg tak puasa.

RR ; Ko pun bangang, kalau nak makan pun .. makan lah dalam toilet. Kalau nak kena tangkap masa tuh .. boleh ko pump jer breakfast ko dalam jamban.

K ; Manalah nak tahu .. ketentuan Allah SWT. Oh Ya .. aku dengar ko dah istiar perang kat internet .. teruk ko kena belasah .. kenapa jadik macam tuuh ?

RR ; Tu lah pasal .. ada si Keldai, Gembala Keldai dan Pedati Kayu aku pun tak guna .. tak boleh bagi kaw-kaw punya hujah .. bodoh macam title dia orang tuuu ..

K ; Itulah ko .. Ko pun bodoh jugak .. yg ko pusing kat Pekeliling Roundabout sejak 1978 tuuuh .. siapa suruh. Baguih punya Adam Razali tarbi ko ..

RR ; Yerlah .. mana datangnya Adam Razali tuh pun aku tak tahu .. puas aku telek .. tak boleh trace lah K .. Memang dia bagus lah .. intelek dan bagus hujah-hujah dia. Kalau lah aku ada pengikut macam dia .. mesti aku dah boleh bergerak keluar dari roundabout tuuh .. Ko boleh tolong aku telek kan tak ? trace si Adam nih !!!

K ; Hisss .. mana nak boleh .. power aku kelentong jer .. lagi pun aku tak puasa dalam bulan Ramadhan dulu .. mana lah Allah SWT akan perkenan kan request aku.

RR : So macam mana sekarang nih nasib aku K ? Ko ada idea ?

K ; Aku raser lah .. ko patut pikir balik .. sekarang nih ko masih bebas .. syok lah . leh makan Mc Donald lagi .. Ayam KFC lagi .. ada baik ko TAUBAT Jer lah .. Jgn jadik macam aku nih .. Nak kena sebat lagi nih .. Aduuuuuhhhh ... nyesal aku.

RR ; Errrr .. sebat !!! Ngeri aku lah .. mahu terkencing-kencing aku nih .. nanti dia orang boleh bau pulak kencing hancing aku .. nanti semua tahu .. mukjizat aku tuh palsu.

K ; Itulah ko .. bila aku ketawa pasal mukjizat ko tuuu dulu - ko marah-marah .. Pilih lah mukjizat lain .. tak senonoh lah ko .. buat malu geng kita jer ..

RR ; Ehhh .. biar aku balik dulu K .. nanti aku nak buat EGM lah .. dgn pengikut2 aku tuuh .. lagi lama aku kat sini .. nanti dia orang cam rupa aku pulak ..

K ; Eleeehhh .. dia orang tak cam ko pun .. rupa ko dah macam Nenek aku dah .. gambar tahun 1991 tuuh gambar muda ko .. sekarang nih dah 20 tahun lebih .. mana nak sama. Tadi masa aku first time tengok ko pun .. aku sangka Nenek Kebayan mana pulak nak jumpa aku .. anyway .. tima kasih jer lah ko datang .. Ko tak bawak ker Lemang & Rendang Keldai ? Ko nih .. aku tak merasa Lemang dgn Rendang dari 1 Syahwal lagi tau ?

RR ; Hiss .. macam tuuh ke ? Sian aku nengok ko nih K, itulah ... dulu aku ajak ko jadi Husband no 2 aku .. ko tak nak. Now apa dah jadi ? Sombong ..

K ; Yerlah ..mana nak boleh nyer .. dua rasul dalam waktu yg sama. Kalau ko mentain jadi Imam Mahadi .. aku pulak rasul .. boleh lah ...

RR ; Okay lah K .. biar aku balik dulu yer .. ada byk email aku nak balas nih .. teruk lah kerja aku sekarang ... letih aku.

K ; Hehehehe .. aku rasa baik ko hentikan jer .. nanti kena tangkap .. kena dakwa .. kena sebat .. nyesal tak sudah ko ..

RR ; Malu lah aku K, aku dah email byk kali .. tak sebesar kuman pun pihak berkuasa boleh menangkap aku. Mana nak letak muka aku nih ..

K ; whateber lah RR, apa-pun .. aku dah settle sekarang kat sini. Nunggu sebat jer nih .. aduuuuhhh ... nyesal-nyesal aku nih ...

End.


(Part 1)

Aik..? Rasul palsu pun pandai lari ke?


Sunday, September 27, 2009


Meriam rasul palsu kini lari daripada tangkapan polis

PUTRAJAYA: Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.

Dalam e-mel terbaru bertajuk 'Bukti saya sebagai rasul perempuan dan tugas saya yang dimajukan sendiri oleh Meriam' kepada Harian Metro semalam tetapi ditulis kelmarin, wanita yang pernah mendakwa sebagai Imam Mahdi pada 1993 itu menggunakan tiga petikan ayat suci al-Quran untuk menegakkan benang basahnya.

Dia terpaksa berbuat demikian selepas menerima kritikan bertalu-talu daripada umat Islam yang berang dengan perbuatan hinanya selepas didedahkan akhbar ini kelmarin.

Selain tidak mengaku perbuatannya bertentangan dengan Islam, Meriam turut menyalahkan golongan ulama yang didakwa kononnya menyebarkan ajaran 'salah'.

Meriam juga sanggup memutarbelitkan ayat 14, Surah at-Taubah yang berbunyi: "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman."

Kamu dalam ayat itu didakwa Meriam merujuk kepada dirinya.

Lebih keji, Meriam turut memutarbelitkan ayat 40, Surah al-Ahzaab yang mendakwa ayat terakhir itu merujuk sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa dan boleh berbuat apa saja yang dikehendaki, justeru dakwaannya sebagai rasul wanita tidak boleh dik e t e p i k an .

Biarpun majoriti pengirim e-mel mengkritik Meriam, termasuk menyuruhnya bertaubat, dakyah itu perlu dibendung oleh Jabatan Agama Islam Perak supaya tiada umat Islam terpesong.

Seorang pengirim e-mel sambil menasihatkan Meriam kembali ke pangkal jalan mendedahkan, seorang daripada tiga rasul lain yang dimaksudkan Meriam iaitu Neale Donald Walsch bukan beragama Islam.

“Saya sudah baca biodatanya di laman webnya. Dia bukan seorang Muslim dan mendakwa dirinya sebagai Messenger Of God (utusan Tuhan)," katanya.

Muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan seorang wanita yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya Imam Mahdi pada 1993, kini muncul semula dengan kejutan lebih hebat apabila mengisytiharkan kononnya dia antara empat rasul Tuhan.

Meriam dalam emel bertarikh 16 Disember lalu mendakwa selain dia sebagai rasul wanita tunggal, tiga lagi rasul yang kononnya diutuskan Tuhan ialah Nabi Isa, Neale Donald Walsch dan seorang setiausaha sulit kanan pembesar negara.

Pada 1993, akhbar melaporkan, Meriam, seorang bekas guru lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, mendakwa beliau dipilih sebagai Imam Mahdi bagi mengingatkan masyarakat Islam supaya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.

Sebelum itu, akhbar melaporkan polis sudah mengeluarkan dua waran tangkap ke atas Meriam kerana gagal hadir di Mahkamah Syariah bagi menghadapi tuduhan menyebar ajaran sesat.

rasul melayu cetek ilmu!

MasyAllah ..

Terlalu daif dan cetek ilmu kamu ini. Kaabah diumpamakan sebagai batu penyembahan !!

Saya tidak mahu terlalu keterlaluan, namun demi menjawab tentang kedaifan ini (harus) adalah menjadi tanggung jawab bersama menjelaskan sejarah Baitullah (Kaabah) kepada sesiapa juga yg tidak pernah mencari jawapan terhadap kiblat sembayang orang-orang Muslim di dunia ini.

Kewujudan Baitullah @ Kaabah di Mekah mempunyai kaitan rapat dengan kewujudan Baitull Makmur di langit. Ia adalah selari kedudukannya dengan Baitullah di Mekah.

Kiblat (arah) menghadap Kaabah @ Baitullah adalah wujud sejak Allah SWT merasa murka terhadap malaikat-malaikat mempersoalkan Nabi Adam.

Allah SWT berfirman (nanti saya carikan surahnya) ‘Siapakah kamu (malaikat2 yg bertanyakan tujuan Allah SWT) yg lebih mengetahui daripada Aku’

Lantas dengan jawapan Allah SWT, malaikat yg mempersoalkan kewujudan Nabi Adam menjadi teramat takut dan gementar lalu mereka memohon keampunan dengan cara mengelilingi Arasy Allah SWT yg terlalu luas. Dikatakan, sehingga hari kiamat, satu pusingan mengelilingi Arasy Allah SWT tidak akan tercapai.

Maka, Allah SWT memerintahkan malaikat2 terbabit untuk mengelilingi Baitul Makmur di langit. Semenjak dari itu, semua malaikat yg bertugas di langit Allah SWT melakukan ‘Tawaf’ seperti mana yg dilakukan oleh hamba-hamba Allah SWT di muka bumi .. iaitu mengelilingi Baitullah sebagai antara ibadah-ibadah yg kita ketahui.

Baitullah adalah tempat bukan sahaja untuk umat Baginda Rasullulah tawaf malah untuk malaikat-malaikat yg bertugas di bumi Allah SWT.

Didirikan semenjak Nabi Adam dan pernah hilang dari pandangan disebabkan faktor cuaca (banjir) .. @ Mekah terletak diantara lembah.

Ketika Nabi Ibrahim dan Ismail, Kaabah @ Baitullah didirikan kembali dengan bantuan Malaikat Jibrail.

Ada baiknya kamu cari bahan-bahan sejarah Kaabah sebelum kamu berani memperkatakan atau memberi pendapat berunsur KESESATAN yg amat KUFUR.

Makna Syirik :Adalah perkerjaan menduakan Allah SWT. Yakni, mempercayai tuhan yang lain yg berkuasa sebagai option mendapatkan pertolongan.


Contoh : aktiviti 'Menurun Nombor Ekor' dikubur-kubur yg dianggap keramat bagi meminta pertolongan untuk menang loteri. Secara mudah, aktiviti-aktiviti yg bertentangan dengan akidah.

Bersembayang berkiblatkan Baitullah bukan SYIRIK. Sebagaimana yg saya kongsikan. Ia merupakan Kiblat sembayang @ itu bermaksud 'Arah'. Umat Islam tidak menyembah Kaabah / Baitullah.



Ia merupakan satu ARAH sembayang Umat Islam. Seperti mana yg saya terangkan diatas .. Sejarah Kewujudan Kaabah yg mempunyai kaitan rapat dengan Sejarah Kewujudan Baitul Makmur.


Wallahualam.

Jawapan dari sahabat jihad.

Bismillahirahmanirahim,

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah SWT .
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


Surah Al-i-'Imran ayat ke 7.

Sepertimana yg saya jangkakan .. meriam Riak dan penuh Keangkuhan.

Apa yg kamu tulis ini meriam adalah mencerminkan keperibadian kamu sendiri. Lagi banyak kamu tulis, lagi banyak informasi yg pembaca boleh dapat. Apa yg kamu tulis semuanya berulang-ulang. Kosong dan tidak ada yg penjelasan yg kukuh. Itulah makanya saya katakan .. membuang masa dan tidak berfaedah.

Namun - adalah dituntut oleh Islam untuk memerangi sebarang gejala-gejala seperti kamu seperti mana nasihat salah seorang pembaca disini, adalah kewajipan setiap umat Islam. Maka saya luangkan sedikit waktu terhad saya untuk berkongsi hujah-hujah dan surah-surah yg berkaitan dengan hujah saya (insyAllah).

Seperti mana yg dijangkakan .. kamu akan mula menyerang keperibadian individu2 yg mencabar dakwaan kamu. Especially yg mempersoalkan secara logik dakwaan kamu berdasarkan pesanan Rasullullah SAW sebelum baginda wafat.

Yang pasti jua - semua amalan diantara hamba Allah SWT .. kamu pulak menjadi hakim. Kamu pulak yg menentukan siapa kami sembah .. Allah SWT atau Jin !!!! .. Hanya kerana mereka tidak menerima Rasul Wanita.

Jika kamu satu individu yg menafikan Hadis dan tidak menerima ulamak, maka ia tidak memberi kuasa atau alasan kepada kamu untuk menyesatkan umat Islam yg lain.

Pembaca yg budiman, dibawah ini adalah komen-komen meriam terhadap persoalan saya kepada dia. Lalu saya menjawab dalam font warna merah

2009/9/28 Meriam Ahmad shah <maryamnabiisa@gmail.com>
Meriam bt Ahmad Shaharudin
19 A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul ehsan
_____________________________________________________

Tarikh:  Isnin, 28 hb. September, 2009

Adam Razali,
Biar saya jawab setiap apa jua yang kamu nyatakan di bawah setiap kata kamu itu:-
2009/9/28 Adam
*************************************************************************

Meriam,


Terima kasih ajer lah dengan jawapan email kamu tuh, saya boleh simpulkan bahawa segala jawapan kamu tuh sekadar 'surface' ajer.
Ia lebih / masih berdasarkan kepada hujah-hujah yg disokong oleh huraian-huraian dan kefahaman Al-Quran oleh / dari kamu sendiri tanpa disokong oleh mana-mana pendapat ulamak. Ini tidak menghairankan pun, kerana kamu beranggapan bahawa semua ulamak di dunia ini adalah persuruh 'Dajal'.

Jawapan saya: KAMU SELALU TERLUPA WAHAI meriam - MULAKAN SESUATU DENGAN 'BISMILLLAHHIRAHMANIRRAHIM' - rasul ijazah mana kamu nih ? Kamu kata kamu terima Al-Quran .. tapi tak praktiskan pun ?Satu soalan saja saya nak tanya disini, jika ulama itu benar masakan Allah (Perlu letakan SWT dibelakang nama Allah SWT wahai 'rasul' - Kamu yg tidak mengenal sifat Allah SWT disini - bukan saya) utuskan RasulNya lagi. Untuk makluman kamu, kamu itu tidak langsung dapat memahamkan apa jua yang saya nyatakan sehinggakan kamu tetap juga dengan pendapat yang dinyatakan berdasarkan bentuk hati kamu, bukan otak kamu yang seharusnya kamu gunakan. Ingatlah orang yang tidak menggunakan otaknya takkan boleh melihat apa jua yang benar selain apa yang dihasut oleh naluri kamu yang langsung tidak dimulakan dengan memohon petunjuk AllahSWT. Ingatlah setiap manusia telah AllahSWT belenggukan menurutkan apa jua amalannya selama ini. Oleh itu saya sedikitpun tidak hairan dengan setiap apa jua pendapat kamu sebegitu rupa. Tahukah kamu apa yang Allah SWTkatakan tentang kamu? Sifat Allah SWT adalah maha pengampun lagi mengasihani - Allah SWT tidak sesekali menentang hambanya malah memberi peluang bertaubat secukup-cukupnya sehinggalah Hari Kiamat. Peluang Bertaubat juga kepada kamu meriam. Saya tidak perlu menjadi 'rasul' untuk mengetahui apa yang Allah SWT katakan tentang kamu. Memadai dengan surah Al-i'Imran ayat ke 7.

Kamu itu tidak mengenal sifat Allah yang Maha Suci sama sekali tidak membenarkan nama Allah SWT dipergunakan. Kamu langsung tidak dapat memahamkan sifat Allah Yang Maha  Suci itu yang tidak membenarkan sesiapa jua yang menggunakan nama Allah SWT bagi perkara yang tidak benar. Oleh itu eloklah tiba masanya saya mengumumkan siapa diri kamu yang sebenar di mata Allah SWT . Kamu itu manusia yang langsung tidak tahu untuk memahamkan sifat Allah SWT untuk dikaitkan dengan kehendak dan ketetapan Allah SWT. Jika Allah SWT sudah menyatakan ulama itu pesuruh dajal, BILA MASA ALLAH SWT MENYATAKAN HAL ULAMAK - sebagai PERSURUH DAJAL. KALAU BENAR - DAH TENTU DIMAKLUMKAN DALAM AL-QURAN (WAHYU) UNTUK MEMBERI INGATAN TERHADAP HAMBANYA .masakan ulama perlu juga dirujuk? Kamu sememangnya langsung tidak dapat melihat apa jua kesucian yang saya nyatakan ini disebabkan hati kamu yang tidak suci itu sudah tentu tidak dapat melihat apa jua kesucian dari Allah SWT. Jadinya bercakap dengan kamu adalah seperti bercakap dengan orang buta yang kononnya tahu sangat pasal gajah dengan hanya meraba bahagian tertentu sahaja tidak menyeluruh. Lalu kamu memberi gelaran bahawa semua yg tidak menerima .. adalah binatang umpama GAJAH pada setiap individu yg meragui kamu. Itulah saya umpamakan kamu. Jadinya tak perlu lagi saya jelaskan apa jua melainkan untuk memahamkan kamu tentang kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah SWT  hanya ini sahaja yang boleh dan sesuai untuk kamu. Kamu akan saksikan bagaimana Allah SWT memberikan kamu petunjuk tentang kebenaran saya bila kamu setiap masa akan memikirkan tentang perkara ini sehingga tidak boleh berbuat apa jua yang lain. Jika ini tidak terjadi bermakna apa yang saya nyatakan ini bukanlah Allah SWT yang menyatakannya. Oleh itu fikirkanlah setiap apa jua yang saya nyatakan ini akan Allah SWT perlihatkan juga kebenarannya. Untuk makluman kamu setiap manusia telah Allah SWT belenggukan ( surah mana yg menyatakan hal ini ?)menurutkan apa jua amalan kamu selama ini. Jika kamu tidak boleh menerima kebenaran saya sebagai Rasul yang Allah SWT utuskan, itu petunjuknya kamu itu sudah tidak bersama Allah lagi, Dan kamu menjadi Hakim - barang sesiapa yg tidak menerima kamu - Allah SWT tidak bersama mereka. malah telah bertuhankan jin. Itu yang sedang Allah pertontonkan. Jadinya perlu apa saya hairankan dan perlukan apa jua sokongan atau penerimaan dari kamu ( dan jika kamu tidak memerlukan sokongan atau penerimaan kami, atas dasar apa kamu menjawab segala persoalan kami disini - sifat Angkuh) Sesungguhnya kamu sedang Allah SWT pertontonkan sekarang siapa tuhan kamu yang sebenar. Jika Allah telah membelenggukan kamu begitu siapalah saya untuk membukakan mata hati kamu itu. Masanya akan tiba bila semua mata hati kamu semua akan Allah bukakan. Di ketika itu kamu akan amat malu dan menyesal besar. Inilah masa kemenangan abadi buat saya (demi kemenangan peribadi kamu !! ).

Walaupun ada banyak persoalan yg saya nak tanyakan kepada kamu (follow-up), namun saya rasa ia tidak akan membuahkan apa-apa faedah.

Jawapan saya. Sememangnya Allah SWT tentukan itu saja hak pertanyaan kamu itu sebab tidak ada gunanya membuang masa melayan orang seperti kamu yang akan tetap buta, pekak dan bisu yang sedang AllahSWT pertontonkan sekarang!! (hanya kerana kamu tidak diterima maka kami ini buta, pekak dan bisu ?) Jadinya tidak juga ada faedahnya saya melayan apa jua pertanyaan kamu itu melainkan untuk ianya diperlihatkan kepada semua yang beriman yang boleh menerima kebenaran saya yang saya berikan email ini dan juga yang saya bcc kan. Oleh itu tak perlulah kamu membuat apa jua kenyataan sebab kamu tidak tahu yang sebenarnya dan roh kamu tidak membenarkan kamu untuk tahu yang sebenarnya sebab takut nanti hilang seorang pengikut! (sifat Allah SWT adalah maha pengasih lagi maha pengampun - sekira hamba Allah SWT itu datang merangkak terhadap Nya, DIA datang berjalan terhadap hambaNya. Sekiranya hambaNya datang berjalan kepadaNya, maka IA datang berlari kepada hambaNya - tidak wujud sifat Allah SWT yg memenjarakan ROH yg mencari pengampunan dan taubat - kamu pulak berlebihan - lebih sudu dari kuah. Kenyataan kamu jelas menyesatkan) Oleh itu fahamkanlah tidak ada juga apa jua faedah untuk saya layan apa jua pertanyaan kamu melainkan untuk memberikan keyakinan berterusan kepada semua yang beriman yang percayakan saya. Itu sahaja sebab email kamu ini saya layan dan jawab; bukan untuk kamu tetapi untuk semua yang beriman yang begitu ramai yang menerima kebenaran saya yang tidak perlu menonjolkan diri mereka kepada kamu semua, kamu faham? (sampai sekarang tak faham - kamu dengan modal kamu > 'kamu faham' typical dakwah meriam).

Mengenai persoalan kenapa kamu masih bebas dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa sangat mudah. Kajian dan siasatan membuktikan kamu bukan 'ANCAMAN'. Ini kerana, kamu tidak tidak diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Jawapan saya: Sememangnya ajaran yang benar dari Allah SWT sudah tentu tidak akan menjadi ancaman kepada mana jua pihak, hanya ancaman bagi semua golongan yang tidak bertuhankan Allah SWT  selama ini (tidak siapa yg menyebut ajaran Allah SWT itu menjadi ancaman - yg disebut ialah meriam yg menjadi ancaman kepada umat Islam) sebab itulah golongan ini menggila marahkan saya. Untuk makluman kamu setiap yang benar dari Allah SWT walaupun menghina setiap ajaran agama dajal yang ada sekarang ini, adalah hak mukhlak saya sebab itulah mana jua kuasa di dunia ini tidak boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman (Taubatlah meriam - Rasullulah sendiri pernah dibaling batu lalu darah mengalir - dan kamu dengan penuh Keangkuhan - laksana kamu lebih hebat dari Rasullulah .. sebesar kuman pun kamu tidak boleh disentuh ? MasyAllah). Ingatlah sebagai Rasul Allah kuasanya bersama kuasa AllahSWT, lalu setiap yang tidak bersama Allah akan berusaha menyatakan apa jua kata yang terdaya untuk menidakkan kebenaran saya yang Allah berikan kuasa Allah yang ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman MasyAllah, apatah lagi mendakwa atau menangkap saya sebagai bukti mukjizat (Sila nyatakan 'mukjizat' kamu - dah banyak kali kamu ditanya oleh pembaca disini !!!) saya yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah SWT Saya tahu apa alasan yang kamu hendak nyatakan bila saya nyatakan kuasa saya bersama kuasa AllahSWT bila kamu cuba menutup mata tentang apa yang saya nyatakan ini disebabkan tidak ada apa jua jalan dan cara untuk kamu semua atau pihak berkuasa negara ini boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman MasyAllah - riak .. Apa kata sekiranya terlalu ramai yang percayakan saya setelah saya menyatakan semua bukti kebenaran saya terutama bila saya menyatakan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman menjadikan begitu ramai yang percayakan saya. Apakah ini tidak menjadi ancaman kepada kamu semua yang tidak boleh menerima apa jua yang benar dari Allah? (kamu marah sebab kami tidak menerima kamu dan itu tidak bererti kami tidak menerima yg benar dari Allah SWT) Jawablah dengan sesuci hati kamu jika kamu insan yang benar! Aku tahu kamu bukan insan yang bersama Allah SWT lagi (Modal kamu yg lapuk - kami pulak dikatakan tidak bersama Allah SWT hanya menidakkan kamu). jadinya mana boleh kamu berkata benar dan suci lagi. Saya tahu apa jawapan kamu seterusnya bila saya menyatakan kuasa yang Allah SWT berikan kepada saya itu akan mengugat dan menjadi ancaman kepada ajaran agama kamu itu bila begitu ramai yang percayakan saya sebagai Rasul Allah, tak gitu? (berapa ramai sekarang meriam ... satu, dua, tiga, empat, meriam marah melompat-lompat, bila dia tidak mendapat tempat, Dia tahu akan merempat ) Apakah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa negara, polis atau pihak berkuasa agama bila menyaksikan begitu ramai orang menerima kebenaran saya setelah apa yang saya nyatakan ini dan selama ini tentang kuasa yang Allah SWT berikan kepada saya itu adalah kuasa Allah SWT yang tidak membenarkan mana jua pihak berkuasa seluruh dunia boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman dijadikan bukti saya adalah benar Rasul yang Allah utuskan kepada semua yang menyokong saya. (Berulang-ulang kenyataan kamu nih meriam = dah tidak bermodal lagi - macam saya katakan dulu - kosong dan tidak ada fakta sokongan langsung - bila kamu nak buktikan kebenaran kenyataan kamu meriam .. kami nak lihat dan kami nak menilai - jgn ashik macam Tong Kosong .. Berduntum dentam tin Kosong, Meriam sudah kehabisan Modal, Seperti Menembak Peluru kosong, Meriam siJaguh tanpa Medal. Tidakkah pihak berkuasa rasakan adanya ancaman bila begitu ramai yang percayakan saya dan menerima saya sebagai Rasul yang Allah utuskan. Percayalah setiap yang benar hanya boleh diterima oleh orang yang benar yang bersama Allah selama ini. Jadinya yang tidak boleh menerima kebenaran saya adalah semua yang sudah tidak bertuhankan Allah lagi MasyAllah meriam ... siapakah kamu yg menidakkan keimanan kami kepada Allah SWT. Jika kamu berpendapat demikian, apakah salah jika saya katakan kamu yg tidak bertuhankan Allah SWT .. kebenaran apa yg kamu katakan ? Kebenaran hak kamu memalukan dan mengaibkan sifat-sifat Allah SWT ? Ini adalah penentuan dihari Akhirat meriam - dimana anak Adam akan dihakimi segala amalan-amalan mereka ketika di dunia. Yg jelas dan sahih .. kamu seperti mempunyai Tuhan versi tersendiri - kamu menentukan sifat-sifat tuhan kamu ..Disinilah letaknya kekuatan kebenaran saya yang Allah SWT utuskan sebagai Rasul Allah SWT untuk dijadikan petunjuk siapa yang masih bertuhankan Allah SWT dan siapa yang tidak, ia-itu yang sudah bertuhankan jin. Untuk makluman kamu yang sudah bertuhankan jin adalah semua golongan yang tidak suci untuk bersama Allah dan inilah golongan yang menentang dan menidakkan kebenaran saya. (berulang lagi ... kamu tidak punya modal lagi .. kosong dan hambar .. semua yg tidak menerima kamu sekarang kamu tuduh bertuhankan Jin pulak ? MasyAllah) Perlukah saya tetap mahukan kamu golongan ini menyokong saya? Sudah tentu tidak walaupun golongan kamu amat ramai di dunia ini. (jangan bercita-cita lah meriam .. tidak ada sesiapa nak menerima ke 'rasulan' ciptaan awak) Saya sudah tentu tidak mahu apa jua sokongan dari golongan ini disebabkan golongan ini akan Allah SWTtempatkan ke dalam neraka lagi sekali - kamu sudah berkuasa melebihi Allah SWT. MasyAllah, tempat hambar Allah SWT samada di Syurga atau di Neraka .. tidak siapa yg tahu .. even Rasullulah SAW .. Allah SWT sahaja yg BERHAK ... Inikan pulak kamu !!!! ...  selepas ini, ia-itu hidup dalam kesusahan dan kesiksaan selepas ini. Saya sudah tentu tidak  bersama semua golongan kamu yang hebat menentang saya itu.memang pun - kamu di neraka jahanam for sure- apakah saya salah utk menentukan kedudukan kamu meriam !!! Untuk makluman kamu semua yang bersama saya sudah tentulah merupakan golongan yang Allah SWT senangi yang tidak pernah berbuat jahat di dunia < ini kenyataan riak .. yg dtg dari seorang 'rasul' !!!! MasyAllah ... ini, agar kamu tahu apakah dan bagaimanakah golongan yang bersama saya dan yang menyokong saya, faham tak? Oleh itu tak perlulah kamu memperkatakan samada ada ancaman atau tidak yang menjadi sebab saya tidak boleh ditangkap atau didakwa. Apa kata bila ramai yang menyokong dan menerima kebenaran saya yang akan bangkit untuk menentang kamu semua? Untuk makluman kamu perkara ini akan tetap terjadi untuk kamu saksikan bagaimana AllahSWT turunkan roh malaikat untuk menolong saya dan menentang semua kamu yang menentang saya. Begitulah yang akan terjadi tak lama lagi untuk saya buktikan kuasa saya yang ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman berulang lagi kenyataan ini - tak ada modal lagi ker meriam .. ashik kuman, kuman, kuman ... Kuman ini kembar kamu ker ? bila begitu ramai yang menyokong saya yang akan Allah SWT tunjukkan nanti bagaimana semua roh malaikat akan Allah SWT turunkan untuk memberikan kemenangan abadi buat saya Kan sudah saya jangka .. 'kemenangan abadi buat kamu meriam .. agenda peribadi .. bukan kemenangan Islam !!!! . Untuk makluman kamu beginilah yang akan terjadi untuk kamu saksikan bagaimana akhirnya AllahSWT memberikan kemenangan abadi buat saya dengan Allah buatkan begitu ramai yang menyokong saya Ulang lagi ... nyatakan lah mana jumlah pengikut kamu ? di mana pengikut kamu sekarang .. boleh penuh ker satu stadium kat Shah Alam tuuh ? Kenapa takut nak istiarkan angka ini ? Kamu kata pihak berkuasa tidak boleh sentuh kamu sebesar kuman !!!! jadi jgn takut lah .. buat kenyataan perhimpunan .. semua pengikut kamu pakai baju HITAM .. kat Shah Alam Stadium .. kami nak tengok sat ... boleh ? . Buat masa ini saya hanya memerangi kamu yang hantar email begini untuk saya dapatkan semua bukti kata-kata dari semua golongan yang menentang saya untuk dijadikan pameran satu dunia nanti agar kamu tahu apakah ertinya setiap email yang kamu semua berikan kepada saya itu dan kenapa saya menjawab setiap email itu yang akan dijadikan pameran untuk satu dunia baca nanti. Begitulah kamu semua dihinakan dan dimalukan ke seluruh dunia Islam tidak berdakwah sedemikian rupa meriam - memalukan pihak tertentu ... agama versi kamu ajer yg membenarkan kot ?Buat masa ini berpuas hatilah kamu dengan sekelumit hujah kamu yang tidak boleh membawa apa jua erti selain hujah untuk menyakinkan dan menyenangkan hati kamu sendiri yang sudah amat sakit menyaksikan kemenangan saya yang akan senantiasa menang bila berlawan hujah Berpijak dibumi nyata lah meriam ... hujah amenda nyer kamu sampaikan disini ... kalau cikgu baca apa yg kamu meroyan ini .. dia akan komen .. Tidak ada isi .. penuh dengan ayat-ayat yg berulang-ulang ... Hujah amenda nih meriam ? Hujah Ulang Tayang ? dengan sesiapa jua yang bijaksana di dunia ini. Oleh itu terimalah teguran suci saya ini, ia-itu kamu semua hanya layak untuk dipertontonkan kehinaan kamu semua melawan apa jua yang datang dari Allah SWT yang saya nyatakan selama ini dan saya sebagai Rasul Allah.SWT Saya tahu saya takkan boleh dikalahkan oleh apa jua hujah yang kamu semua ada melainkan hujah kamu yang paling kamu rasakan bijakpun akan tetap saya kalahkan juga sebagai bukti saya menurunkan kata-kata Allah SWTuntuk Allah SWTsebenarnya yang berlawan hujah dengan kamu semua, kamu faham? Yg saya faham lah .. selain daripada hujah-hujah Ulang Tayang yg kosong ... kamu sendiri terbukti JAHIL dengan  menulis  nama Allah .... tanpa SWT. Semua yg kaler hijau itu saya yg tambah ... Inikah bukti kamu persuruh Allah SWT ? 

Disini, mana-mana individu mencabar kamu (tidak menerima dakwaan kamu sebagai rasul dan suami kamu sebagai Nabi Isa), kamu menyuruh / mencabar mereka BERSUMPAH untuk menyatakan bahawa kamu bukan rasul. Ini lah yg paling pelik yg pernah saya jumpa.

Jawapan saya:  Dengan apa yang kamu nyatakan itu lagilah pelik kepada semua yang beriman yang bersama saya. Nak tahu kenapa saya katakan begitu? Sebabnya kamu itu langsung tidak mengenal sifat Allah SWTyang ini di mana setiap Rasul ada caranya untuk menyelamatkan setiap yang menentangnya dengan cara yang Allah SWTtentukan cara apa ? menghina dan menyamakan kami dgn Gajah ? Jangan berani lah mengatakan ini cara Allah SWT .. Allah SWT bukan begitu .. sifat Nya lebih mulia dari sifat yg kamu katakan .. Allah SWT tidak memilih orang macam kamu sebagai rasul .. penuh dengan kata nista .. penuh dengan RIAK ..  Jika saya hanya memerangi kamu dengan hujah menerusi email, bermakna cara untuk menyelamatkan kamu hanya dengan menyatakan sumpah SUMPAH LAGI ...  inilah modal kamu meriam ...  itu agar kamu yang bersumpah itu mendapat petunjuk dari Allah SWTuntuk menerima kebenaran saya. VERSI (kalau kamu tidak punya Mazhab) mana yar meriam ? > Bersumpah untuk mendapat petunjuk < .... biul benar lah kamu nih ... Tahap Gaban BIUL kamu nih !!!! ... Nak mendapat pertunjuk dengan cara mendekati Allah SWT melalui sembayang fardu, sunat hajat .. doa selepasnya ... MasyAllah ... versi Islam mana nih meriam ?Itulah sebab AllahSWT tentukan perkara sumpah ini dituntut. Lagipun kan perkara menyerahkan urusan yang ada kaitan dengan Allah diselesaikan dengan cara menyerahkan segalanya kepada Allah dengan cara bersumpah mubahalah begitu. Ini bersumpah VERSI kamu meriam ... sikit-sikit bersumpah .. sumpah .. sumpah ... selesaikan isu-isu ini dengan sumpah jer ? Apakah kamu langsung tidak tahu adanya tentang perkara sumpah ini Allah SWTtuntut dari setiap yang bertengkar menegakkan kebenaran masing-masing dengan menyuruh semuanya bersumpah mubahalah begini, apa inipun kamu tak tahu? Kamu yg Biul meriam ... atas dasar apa sumpah perlu kami buat ? Cukup ker syarat-syarat sumpah nih ... Jika begitu baiklah kamu baca keseluruhan isi kandungan Al-Quran itu untuk kamu memahamkan adanya tentang perkara begini Allah SWT nyatakan. Disebabkan saya sememangnya benar Rasul yang Allah SWTutuskan, segala tentang kebenaran saya dan apa jua yang saya perlu lakukan semuanya menurutkan setiap apa jua yang sudah siap dinyatakan dalam Al-Quran. Kamu pula asyik menyatakan hujah kamu berdasarkan bentuk hati dan nafsu kamu semata-mata, jadinya siapa yang benar sekarang! perhalusi kan meriam ... saya atau kamu .. !! 
Ada 114 surah dalam Al-Quran .. ada berapa banyak surah yg menyebut tentang kedatangan kamu di Malaysia ?


Kedatangan Nabi terakhir Nabi Muhammad SAW .. disebut dengan jelas dalam Al-Quran [ ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya)], 
[6]
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

Surah As-Saff ayat 6

Maka dimana kah kamu meriam ? ayat
Muhkamaat mana menerangkan kedatangan kamu .. tentang kewujudan 'rasul' perempuan ?


 Jangan Berdendang Tin Kosong meriam .. hujah-hujah kamu tidak lain seperti mana terkandung dalam surah Al-i-'Imran.

Saya tidak bercadang untuk mengulas dan menjawab persoalan-persoalan yg kamu kemukakan seterusnya atas sebab-sebab yg telah saya nyatan diatas - kamu tulis semua kosong .. tin kosong .. berulang-ulang ...

Tak ada isi .. (kata cikgu sekolah aku dulu .. goreng lebih .. isi satu jer .. yg lain cukupkan jumlah perkataan .. ) tak ada fakta dan hujah-hujah kamu berdasarkan kepada surah Al-i'Imran ayat ke 7 : 


“Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Mengajak kami bersumpah ?

Atas dasar apa meriam ooiii ? kamu tidak cukup syarat untuk kami bersumpah. Kamu lebih kepada sampah masyarakat. Yg telah dinasihatkan secara baik namun kamu tidak insaf.

Ashik dengan modal lama .. bersumpah .. bersumpah !!!

Apakah kamu tahu syarat-syarat Mubahalah ini ?

Syarat ke 4 sumpah Mubahalah tidak wujud kepada kamu meriam oiii .. tak perlu nak mengajak semua kat sini yg menentang kamu .. untuk bersumpah.

Secara ZAHIR nya kamu tidak berupaya .. kamu kantoi kat part ini .. tunjukan lah .. mukjizat kamu. Jangan pulak kamu belajar dari David Cooperfield pulak ... itu dah sihir (wallahualam).

Saya tak perlu nak menjawab komen-komen kamu meriam. Pembaca boleh menilai pada tahap ini.

Wallahualam.







Pendekatan kamu yg PELIK   *****
*************************************************

Saya boleh menyimpulkan dengan dengan kenyataan begini > Hanya kerana sebilangan besar tidak percaya 'PRODUK' kamu .. dan tidak menerima produk kamu ... serta tidak membeli produk kamu .... kamu suruh mereka bersumpah .. yg produk kamu adalah tidak benar lalu .. kamu menyatakan bahawa 'LAKNAT ALLAH SWT' akan menimpa mana-mana individu yg bersumpah gaya begitu.

Jawapan saya:  Jika apa yang kamu katakan itu benar, kenapa tidak mahu menyatakan sumpah kamu itu, takkanlah takut pula? Takkanlah Allah boleh mengapakan kamu jika saya tidak benar setelah kamu menyatakan sumpah kamu itu. Itu petunjuknya saya benar Rasul yang Allah utuskan sebab saya perlu gunakan bukti begini sebagai bukti saya adalah benar Rasul yang Allah utuskan. Jika saya menggunakan perkara sumpah ini sebagai bukti kebenaran saya sebagai Rasul Allah, masakan kamu takut untuk menyahut cabaran bersumpah mubahalah ini? Untuk makluman kamu disebabkan saya adalah benar Rasul yang Allah utuskan, maka kamu semua amat takut untuk menyahut cabaran bersumpah itu. Tahukah kamu menyahut cabaran bersumpah yang saya tuntut itu merupakan sesuatu ibadah juga bila kamu mempertahankan kebenaran hak Allah. Jadinya kenapa kamu tidak mempertahankan hak Allah jika benarlah kamu benar dan apa yang kamu amalkan itu benar dari Allah, maka wajib kamu mempertahankan hak kamu menyatakan saya bukan Rasul Allah untuk kamu menyahut cabaran bersumpah itu demi Allah. Ini kan juga ibadah bagi kamu memelihara hak Allah jika benarlah kamu menyatakan aku bukan Rasul yang Allah utuskan, seharusnya kamu berani menyahut cabaran sumpah itu. Tetapi malangnya kamu mempertontonkan kelemahan kamu yang tidak berani mempertahankan hak Allah jika benarlah kamu bawa hak Allah. Disebabkan kamu semua bukan membawa hak Allah yang sebenar, maka kamu tidak berani menyahut cabaran sumpah itu dengan alasan kamu yang amat lemah, ia-itu hanya setakat menyatakan ianya pelik. Untuk makluman kamu seharusnya saya yang menyatakan kamu itu pelik tidak mahu menyahut cabaran sumpah saya itu. Jika kamu di pihak yang benar dan bersama Alllah, kamu sudah tentu menyahut cabaran sumpah saya itu, tak gitu? Sebenarnya kamu bukan membawa hak Allah sebab itulah kamu tidak berani menyahut cabaran sumpah itu, Dengan sebab itu terpaksalah menyatakan ianya pelik tanpa kamu sedari orang lain menyaksikan kamulah yang sebenarnya pelik!!! Untuk makluman kamu mana boleh golongan kamu menerima apa jua yang saya bawa sebab kamu dan saya tidak sama. Saya menyembah Allah dan kamu tidak. Itulah yang boleh saya nyatakan untuk kamu tahu siapa kamu yang sebenar untuk disaksikan oleh semua yang beriman, kamu faham???
Meriam dan Gaya Hidup ****************************************************************

Kamu dan suami kamu lebih dilihat sebagai couple yg menjalani satu kehidupan tersendiri. Mempunyai kekuatan mempercayai yg kamu adalah rasul dan suami kamu adalah Nabi Isa. Dan kamu mahu kepercayaan ini diterima oleh UMATT ISLAM satu dunia. Yg mana tak percaya kamu gesa supaya bersumpah menafikan kehidupan dan dakwaan kamu lalu kamu menyatakan bahawa mereka yg bersumpah ini akan menerima 'LAKNAT ALLAH SWT'.

Jawapan saya:  Kamu nampak apa hujah kamu di atas benar2 memperlihatkan dan mempertontonkan sifat manusia yang hina bila membuat sangkaan menurutkan bentuk hati dan roh kamu yang tidak suci itu, maka segala tuduhan kamu itu adalah tidak benar. Kamu nak tahu kenapa aku katakan ianya tidak benar? Sebab aku bukan begitu. Bolehkah aku selamat pada Allah sekiranya aku tidak benar Rasul yang Allah utuskan?? Jawab dulu soalan saya ini jika kamu itu benar kenal Allah dan sifat Allah. Telah sekian lama saya menyatakan saya Rasul yang Allah utuskan, saya tetap selamat juga. Masakan Allah tidak melaknati saya sekiranya saya tidak benar. Untuk makluman kamu hidup saya suami isteri aman damai dan bahagia zahir batin, apakah ini tidak cukup untuk membuktikan saya bersama Allah. Mana boleh orang bahagia zahir batin sekiranya dia tidak bersama Allah? Jawablah pertanyaan saya ini! Untuk makluman kamu lagi saya tegaskan disini, orang yang tidak bersama Allah terutama bila mengaku Rasul takkan boleh hidup bahagia zahir batin. Kamu tanpa tahu akan diri saya dan kehidupan saya yang sebenar sudah membuat tuduhan dan sangkaan sebagai bukti golongan yang tidak bersama Allah, tidak rukuk dan sujud kepada Allah, maka sebab itu boleh buat andaian dan tuduhan.

Untuk makluman kamu bukan cara saya untuk dapatkan apa jua sokongan, itu merupakan tuduhan dan andaian kamu semata-mata sebagai bukti kamu itu tidak lagi bertuhankan Allah sebab itu boleh buat tuduhan begitu. Untuk makluman kamu kuasa saya bersama kuasa Allah, tahulah Allah untuk menghantar malaikat untuk menolong saya, jadinya perlu apa saya bersusah payah untuk dapatkan penyokong. Rasul Allah yang sebenar tak perlukan pengikut atau penyokong sebab semuanya akan Allah tentukan untuk kemenangan abadi buat saya tanpa perlukan apa jua sokongan dari mana jua golongan yang hebat menentang saya. Tujuan saya hanya untuk menolong mereka sebab itu saya hendakkan mereka bersumpah untuk meleraikan segala macam jin yang mengawal dan menguasai mereka itu. Apakah tidak jelas apa yang saya nyatakan sebelum ini? Masanya sudah tiba untuk kamu fahamkan saya bukan Rasul palsu yang mencari dan berusaha untuk mencari pengikut dan penyokong. Kan saya dah bagitahu kuasa saya bersama kuasa Allah, masakan saya perlukan pengikut dan penyokong?? Jelas kamu melemparkan tuduhan tidak benar terhadap saya sebagai bukti hati kamu itu tidak suci untuk membolehkan kamu bersama Allah untuk kamu menerima kebenaran saya ini. Fahamkanlah begitulah Allah berikan petunjuk siapa kamu yang sebenar yang menyebabkan kamu tidak boleh menerima kebenaran saya. Ingatlah kuasa saya bersama kuasa Allah, masakan kamu boleh tuduh saya hendak jual produklah, entah apalah maksud kamu itu tak lain tak bukan menunjukkan kamu itu tidak memiliki hati yang suci yang boleh mengeluarkan kata2 yang tidak benar terhadap saya dan inilah sebabnya kamu tidak boleh menerima kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah. Perlukah saya berusaha untuk dapatkan kamu untuk menjadi penyokong? Sudah tentu tak perlu sebab tugas saya hanyalah untuk menyampaikan kata-kata Allah, itu saja!! Untuk makluman kamu lagi, kamu itu hanya layak untuk mengeluarkan isi hati kamu yang tidak suci itu untuk dipertontonkan, itu saja yang Allah benarkan!
Inilah gaya hidup dan kepercayaan tersendiri kamu yang terlalu sukar hendak diterima oleh mereka-mereka disini. Hal-hal seperti ini telah diingatkan oleh Baginda Rasullulah SAW bahawa akan wujud kejadian seperti ini setelah kewafatan Baginda.

Jawapan saya:  Kamu tahu tak tujuan saya berbalas email dengan golongan penentang Allah dan Rasul Allah ini bukan untuk buatkan mereka percayakan saya sebab Allah dah siap nyatakan semua manusia telah Allah belenggukan menurutkan amalan masing-masing. Apa yang saya lakukan ialah untuk mendapatkan bukti dajal melawan Rasul Allah, itu saja! Lain kali jangan tunjukkan sifat hina kamu itu yang asyik buat tuduhan sebagai bukti kamu tidak bertuhankan Allah lagi, malah telah bertuhankan jin, kamu tahu! Lain kali berhati-hati tidak mengeluarkan hati perut kamu yang kotor itu dengan segala macam tuduhan kamu yang tidak berasas itu. Ingatlah Alllah menyaksikan segalanya untuk Allah menghakimkan kita semua! Untuk makluman kamu Allah sedang mempertontonkan semua dajal melawan Rasul Allah untuk dijadikan bukti dengan cara hitam putih begini; bukan pula untuk tujuan saya untuk mendapatkan sokongan kamu semua. Sememangnya kamu semua merupakan laknattullah belaka, masakan kamu semua boleh menerima kebenaran saya, faham??


Sebenarnya - gaya hidup dan kepercayaan kamu ini bukan satu yg baru. Saya pernah didedahkan oleh satu keluarga Islam .. dimana hidup terlalu liberal, membenarkan girl friend anak lelaki mereka bermalam bersama anak lelaki mereka (tidur bersama dalam satu kamar anak lelaki mereka) dalam rumah mereka. Mereka menerima gaya hidup ini secara terbuka dan apabila ditanya agama yg mereka anuti .. mereka menyatakan Islam adalah agama mereka. Islam mereka yg 'tersendiri'.

Jawapan saya: Kamu nampak akan kehinaan kamu itu yang asyik buat andaian dan tuduhan? Apa kamu ingat inikah pegangan hidup saya? Insaflah sebagai Rasul Allah segala yang dibawanya benar dari Allah, jadinya sudah tentulah segala yang suci dan tidak ada langsung ruang untuk dihina. Kamu tak tahu lagi apa yang saya bawa dari Allah, kamu sudah buat andaian. Jika beginilah cara kamu sah dan nyata kamu itu tidak lagi bertuhankan Allah dan inilah satu-satunya sebab kamu tidak boleh menerima kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah. Saya nak tanya kamu disini jika ajaran ulama itu benar dari Allah masakan lahirnya manusia jahat dalam berbagai perkara, yang kuat sembahyangpun boleh merogol anak, merogol anak tiri, anak saudara dan adik ipar, apa cerita? Untuk makluman kamu ajaran yang saya bawa dari Allah benar-benar akan buatkan orang jadi baik bila sembahyangnya benar, wuduknya benar, rukuk dan sujudnya benar untuk mencegah dirinya dari segala yang tidak baik, kamu tahu tak? Belum lagi saya menyatakan ajaran yang Allah sampaikan kepada saya, kamu semua telah terlebih dahulu membuat andaian! Benarlah kata Allah golongan kamu ini amat ramai di dunia ini yang perlu saya perbetulkan. Hanya masa sahaja menentukannya.. Buat masa ini saya sedang memerangi semua jin, syaitan, iblis dan dajal yang menguasai kamu semua sebelum ajaran Allah yang sebenar saya sampaikan.

Khas buat semua ulama:  Saya tahu kamu juga salah seorang dari mereka, jadi eloklah soalan ini juga saya tujukan kepada kamu, ia-itu benarkah kamu semua mengajar sembahyang yang sebenar selama ini? Benarkah cara berwuduk yang kamu ajarkan itu? Benarkah rukuk dan sujud yang kamu ajarkan selama ini? Jika ianya benar seperti yang Allah tentukan untuk sembahyang yang sebenar, berwuduk yang sebenar dan betul rukuk dan sujudnya kepada Allah masakan boleh ada orang jahat di dunia ini? Tolong jawab soalan saya ini. Untuk makluman kamu jika kamu mengajar sembahyang yang sebenar, berwuduk yang sebenar dan benar rukuk dan sujudnya kepada Allah takkan ujud seperti golongan yang menentang saya ini. Mereka ini semuanya tidak menyembah Allah dengan sempurna, tidak betul wuduknya, tidak betul rukuk dan sujudnya sebab itulah mereka boleh mengeluarkan kata-kata yang hina, kutuk tak tentu pasal, dan yang paling hina di antara yang hina ialah membuat tuduhan dan fitnah. Bila adanya sifat begini dalam diri seseorang itu maknanya sembahyangnya tidak benar, wuduknya tak benar, rukuk dan sujudnya tak benar. Yang dilakukannya hanyalah perbuatan tonggang-tonggek seperti katak jantan mengawan menurut kata Allah dan nyatanya mereka ini hanya menyembah batu, bukan menyembah Allah. Yang benar menyembah Allah takkan boleh buat andaian, tuduhan dan fitnah, juga mengeluarkan kata-kata hina seperti semua golongan yang menentang saya ini yang terdiri daripada berbagai golongan manusia jahat di dunia ini. Ada yang bawa masuk pelacur ke negara ini, ada yang menipu orang untuk dapatkan duit untuk hidup, ada yang buat kerja haram berbagai jenis, ada yang gila menonton gambar lucah seperti golongan yang menyerang saya dengan berbagai kata mencarut dalam group KL Bogel, agar kamu tahu segalanya jadi bahan saya untuk mengumpulkan bukti semua yang menentang saya adalah dari golongan yang jahat yang tidak bersama Allah lagi, faham???
Ini bukan untuk kamu seorang .. **********************************************

Apa yg penting disini ... kenyataan dan ulasan saya bukan sebenarnya ditujukan kepada kamu seorang, akan tetapi kepada semua pembaca disini yg merasa pelik dan sukar menerima kewujudan fenomena kehidupan kamu dan pengikut kamu.

Jawapan saya: Mana tak kamu rasakan pelik dan sukar begitu sebab kamu tidak lagi bersama Allah untuk dapat melihat kebenaran saya yang Allah utuskan sebagai Rasul Allah, jadinya begitulah semua kamu Allah pertontonkan. Untuk makluman kamu lagi bersama saya Allah ajarkan maksud berwuduk yang sebenar, ia-itu mensucikan setiap anggota tubuh badan dan semua panca indera dengan amalan yang baik, bukan seperti apa yang dajal ajar untuk berwuduk dengan air. Insaflah kamu semua, kamu takkan dapat apa jua ajaran yang benar dari Allah selagi kamu tidak suci untuk menerimanya. Maka kamu amalkanlah apa jua yang dajal ajarkan kepada kamu untuk kamu terus bersama dajal dan bertuhankan dajal dan tidak bertuhankan Allah lagi, kamu faham???
Sebagai contoh > Kerajaan Langit Ayah Pin .. dan Rasul terbaru yg ditangkap ketika bersarapan dipagi Ramadhan (bukan sahur) - awal bulan Ramadhan yg lalu. Ini adalah antara DUA kes .. terdapat banyak lagi kes-kes ini di Malaysia sejak berzaman lagi dan akan ada lagi kes-kes seperti dakwaan kamu ini pada masa akan datang.
Jawapan saya:  Jangan kamu pula menuduh saya sama dengan Ayah Pin ataupun Kahar Ahmad. Mereka bukan Rasul Allah sebab itulah Allah arahkan mereka kena tangkap. Untuk makluman kamu bersama Rasul Allah yang sebenar ujudnya rasul palsu dengan izin Allah untuk Allah tunjukkan dan buktikan mana Rasul Allah yang sebenar dan mana rasul palsu, kamu faham? Untuk makluman kamu Rasul Allah yang sebenar bersama kuasa Allah yang tidak membenarkan dirinya disentuh walaupun sebesar kuman oleh mana jua pihak berkuasa seluruh dunia sebagai cara Allah membuktikan dirinya sebagai Rasul Allah yang memiliki kuasa Allah, kamu faham? Saya jadikan bukti ini, ia-itu mana jua pihak berkuasa negara ini dan seluruh dunia tidak boleh menyentuh saya walaupun sebesar kuman, apatah lagi menangkap dan mendakwa saya sebagai bukti saya adalah Rasul yang Allah utuskan. Tidakkah kamu tahu kerana kuasa inilah begitu ramai yang sudah percayakan saya, tidakkah ini mengancam agama kamu itu? Jadinya pihak berkuasa kenalah ambil tindakan sebab dengan cara ini saya membuktikan diri saya sebagai Rasul Allah. Untuk makluman kamu kerana dakwaan saya inilah begitu ramai yang percayakan saya, jadi hendak buat macam mana sekarang. Suruhlah pihak berkuasa menangkap dan mendakwa saya jika boleh. Jika tak boleh itulah bukti saya adalah Rasul yang Allah utuskan dan orang ramai kenalah terima kenyataan saya adalah Rasul yang Allah utuskan. Macam mana? Tak terancam ke agama dajal kamu itu??? Ulama tolong jawab!!!
Apa pun, satu ketika nanti pasti segala aktiviti seperti ini akan sampai ke satu nokhtah (sebagaimana kebiasaanya).

***************************************************************************


Jawapan saya:  Saya amat senang dengan apa yang kamu nyatakan di atas untuk kita semua melihat boleh atau tidak saya berhenti menjalankan tugas saya sebagai Rasul Allah. Jika ianya ada nokhtah seperti yang kamu nyatakan itu, maknanya saya bukanlah Rasul Allah. Untuk makluman kamu saya bukan sahaja menyampaikan ajaran Allah kepada negara ini sahaja tetapi ke seluruh dunia. Saya akan mendapatkan tempat saya yang sebenar tak lama lagi untuk kamu semua saksikan benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini. Yang pastinya kamu semua akan hidup dalam neraka selepas ini, ia-itu hidup tersiksa di dunia ini untuk kamu semua saksikan benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini. Jika tidak benar kamu semua boleh pancung kepala saya sekiranya saya tidak dapat membuktikan setiap apa jua yang saya nyatakan ini. Terus terang saya katakan saya amat senang dengan setiap apa jua yang kamu nyatakan ini untuk saya jawab setiap satunya untuk menjadikan kebenaran saya sebagai Rasul Allah lebih terserlah bila saya akan tetap menjalankan tugas saya sebagai Rasul Allah sebebas-bebasnya tanpa boleh diganggu oleh mana jua pihak berkuasa seluruh dunia, kamu faham?

Sekian saya maklumkan untuk hari ini. Untuk makluman kamu, apa jua yang kamu nyatakan adalah petunjuknya kamu hanya buat andaian dan tuduhan semata-mata bila kamu menyatakan keburukan saya yang tidak ada satu apa jua yang buruk tentang saya bila kamu semua berani mengkaji setiap apa jua tentang saya, dari diri saya secara peribadi, kehidupan saya dan apa yang saya bawa dari Allah, tidak ada satupun yang buruk. Oleh itu sebelum tahu segalanya dengan kajian yang menyeluruh, tak perlulah kamu mengeluarkan kata-kata dari hati kamu yang tidak suci itu dengan cara kamu membuat andaian, sangkaan buruk dan tuduhan terhadap saya. Saya dengan ini menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk segera menangani masalah ini agar orang ramai tidak perlu berlawan bertengkar, mengutuk saya lagi bila saya mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah dalam mahkamah nanti. Harap maklum semua pihak berkuasa negara ini bila masa sebenar saya akan buat pengumuman diri saya sebagai Rasul Allah bila Jabatan Agama Islam Perak dan semua yang hebat menghina dan memfitnahkan saya, saya saman nanti. Sekian saya maklumkan untuk tindakan pihak berkuasa seterusnya......


Saya yang menurut perintah Allah,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Allah
Syarat-Syarat Mubahalah
(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4.
Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

Wallahualam